fbpx
Hiburan

Kerana dakwaan ‘pedofilia’, Alvin Chong rugi puluhan ribu ringgit

Hendak menuduh seseorang itu ‘pedofilia’ itu sebenarnya adalah satu dakwaan yang sangat berat.

Bukan sahaja memalukan, tindakan itu sebenarnya boleh menjatuhkan air muka seseorang itu di khalayak ramai.

Terbaharu, pelakon dan penyanyi, Alvin Chong dituduh pedofilia hanya kerana keluar minum dengan seorang gadis bawa umur, Athalia Deena Buswani, 17.

Ternyata perkara itu memberi kesan kepada Alvin kerana menurutnya, tuduhan tersebut telah menyebabkan dia kerugian puluhan ribu ringgit kerana tawaran kerja yang dibatalkan.

“Dakwaan mengatakan saya pedofil itu telah menyebabkan saya dan Athalia kehilangan kerja bernilai puluhan ribu ringgit disebabkan imej saya telah diburukkan dengan cerita itu,” katanya.


Kontroversi itu tercetus apabila aksi mesra Alvin dan Athalia hangat diperkatakan di Twitter sehingga jejaka itu dikecam sebagai pedofil.

Untuk rekod, Athalia merupakan anak kepada penyanyi, Sharifah Zarina.

Walaupun dakwaan tersebut telah mengganggu kerjayanya, jelas Alvin, dia tidak mahu mengambil tindakan selanjutnya termasuk melibatkan undang-undang. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button