Hiburan

Ada sebab Adibah Noor masuk Gegar Vaganza

SELEBRITI Adibah Noor yang ditawarkan masuk pertandingan realiti televisyen Gegar Vaganza (GV) mempunyai sebab mengapa beliau terima tawaran tersebut.

Rekod Adibah sebagai penyanyi dan telah melahirkan album studio rakaman beberapa tahun yang lalu membuatkan ramai yang mempersoalkan mengapakah beliau mengambil keputusan untuk menyertai GV kali ke-8 (GV8).

@aweera_official

Jawapan Adibah mudah, “Ini adalah kali pertama saya ditawarkan dan setiap tahun GV diadakan, orang ramai yang menyokong kerjaya nyanyian saya meminta supaya saya menyertai GV.”

Menurut Adibah lagi, mereka menyatakan begini, “Please join. Jadi kali ini, apabila ditawarkan, saya terus bersetuju demi memenuhi permintaan peminat.”

Sebagai penyanyi yang mempunyai vokal yang mantap, apakah Adibah bersedia dihakimi secara terbuka sepanjang berada di atas pentas GV?

“Saya perlu berani terima apa jua kritikan. Kalau saya berani buat, kenalah berani terima. Saya juga pernah menjadi juri  dalam beberapa pertandingan reality.

“Jadi kali ini saya pula yang akan berada di sebalik itu, dijuri atau diadili. Kalau saya berani buat pada oang lain, saya juga kenalah berani tanggung. Saya terima,” katanya.

Tambah Adibah, beliau juga bersedia untuk mencuba perkara baharu biarpun di luar konteks atau ‘tone’ nyanyiannya.

“Saya bakal menjadi murid yang baik kali ini dan tidak akan masuk ke dalam aura yang orang sedia maklum, kerap protes dan asyik nak komplen.

“Ikut sahajalah. Saya akan cuba tetapi kalau betul, saya akan beritahu,” ujarnya.

DATUK Fadzley Yaakob

Seramai 13 peserta akan bersaing dalam GV8 dan daripada jumlah tersebut, enam peserta solo lelaki akan memberi saingan yang terdiri daripada Aweera, Azan Scan, Datuk Fazley Yaakob, Shidee, Bandi Amuk dan Aliff Aziz.

Sementara itu, senarai peserta wanita solo selain Adibah Noor ialah Ani Maiyuni, Suki, Nikki dan Upiak Isil yang popular dengan lagu berjudul Tak Tun Tuang.

Ini bermakna pentas GV8 turut disertai seorang peserta dari Singapura dan seorang dari Indonesia.

Bagi penyertaan duo dan berkumpulan, pesertanya ialah Saiful Apek dan Yassin serta Nico.

Konsert mingguan GV8 selama 10 minggu akan disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bermula 21 November ini. – SM

(Visited 599 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button