Nasional

Kerajaan umum peruntukan untuk Tanjong Piai, Najib kata dah mula

KUALA LUMPUR – Kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan beberapa peruntukan untuk penduduk di Parlimen Tanjong Piai yang dikatakan tidak ada kena mengena dengan pilihan raya kecil pada bulan depan.

Namun, lain pula sangkaan bekas Perdana Menteri, Najib Tun Razak yang mengatakan sudah bermula.

Apa yang dimaksudkan oleh Najib sudah bermula dalam hantaran di Facebook beliau?

Berikut adalah catatan Najib:

Dah mula…

1) 15 Okt 2019:
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun mengumumkan pemasangan 264 lampu jalan di jajaran jalan raya luar bandar di Tanjung Piai dengan kos RM127,776 serta menyampai geran MPKK kepada ketua kampung dalam Parlimen Tanjung Piai dengan peruntukan RM230,000.

Alasan diguna :
Nak bantu Rakyat sahaja. Bukan kerana PRK.

2) 19 Okt 2019:
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq mengumumkan peruntukan persekutuan RM4 juta untuk menaik taraf kemudahan sukan dan rekreasi di Tanjung Piai.

Alasan diguna :
“Penuhi ‘permintaan arwah MP. Bukan kerana PRK.”

3) 20 Okt 2019:
Menteri Pertanian Salahuddin Ayub umum peruntukan RM3 juta untuk menaik taraf tiga jeti nelayan dalam Parlimen Tanjung Piai.

Alasan diguna::
“Penuhi komitment yang pernah diberi kepada arwah MP. . Bukan kerana PRK.”

Kita sama-sama tunggu jika ada pengumuman ECRL akan belok ke Tanjung Piai nanti.

Jangan Hospital Semenyih atau Hospital Rantau bakal dipindah ke Tanjung Piai juga. – SM

(Visited 52 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button