Hiburan

Ellie Suriaty Dan Azri Iskandar Bercerai, Anggap Tiada Lagi Keserasian

Pasangan pelakon Ellie Suriaty Omar dan Azri Iskandar akhirnya mengambil keputusan untuk bercerai setelah 19 tahun melayari kehidupan berumah tangga bersama.

Menerusi laporan portal Getaran.my, perpisahan itu terpaksa dilakukan memandangkan sudah tiada keserasian lagi antara mereka berdua.

“Sememangnya keputusan ini adalah sesuatu yang sukar untuk dibuat. Namun, saya sudah memikirkannya semasak-masaknya dan akhirnya ia perlu dilakukan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bekas suami (Azri) untuk semua saat-saat indah, kenangan manis serta pengalaman hidup yang kami lalui bersama sepanjang 19 tahun,” ujarnya.

Pasangan tersebut telah sah bercerai dalam prosiding Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur pagi tadi.

Dalam pada itu, Ellie juga mengakui bahawa Azri merupakan seorang bapa yang sangat baik dan begitu menyayangi anak-anak mereka.

“Cuma rasanya sudah tertulis sampai di sini sahaja jodoh kami. Saya berharap ramai yang akan mendoakan yang terbaik untuk kami,” katanya.

Sepanjang perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Azrell Omar Azri Iskandar, 18 dan Nur Azreen, 13 serta dua lagi yang telah meninggal dunia sebelum sempat dilahirkan. – KopiPlanet.com

Kredit artikel: Portal getaran.my

(Visited 1,686 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button