Nasional

Kerajaan timbang benar rentas antara negeri zon hijau

MUNGKINKAH kerajaan akan membenarkan rantas negeri antara negeri-negeri yang sudah diklasifikasikan sebagai zon hijau?

Perkara itu sedang dipertimbangkan untuk membenarkan rentas antara dua negeri zon hijau yang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia telah dibincangkan antara Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Dalam perbincangan, negeri yang sama-sama zon hijau mungkin boleh melakukan perjalanan rentas negeri,” katanya pada sidang media Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di Putrajaya hari ini.

Katanya, perkara yang perlu diperincikan sebelum ia dibenarkan adalah membabitkan soal pergerakan antara dua negeri dalam PKPP yang perlu melintasi negeri dalam fasa PKP Bersyarat (PKPB).

“Contohnya Putrajaya zon hijau ke Melaka yang juga zon hijau perlu melalui Negeri Sembilan yang berada dalam PKPB, ada orang kata boleh pergi dengan syarat jangan berhenti di Negeri Sembilan.

“Namun dari segi pemantauannya bukan mudah kerana sukar untuk ditentukan dengan jelas, jadi ini perkara yang sedang diperincikan lagi,” katanya. – SM

(Visited 308 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button