NasionalParlimen

Kerajaan tidak ‘main-main’ tangani isu inflasi

KERAJAAN pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi menyatakan bahawa isu inflasi akan ditangani oleh Kerajaan dengan sebaik mungkin.

Beliau berkata, Kerajaan telahpun mengambil dan mengorak langkah proaktif termasuk menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang dipengerusikan oleh Tan Sri Annuar Musa.

Kata Ismail Sabri, isu inflasi adalah masalah global dan ia memberi kesan kepada sara hidup Keluarga Malaysia.
Oleh itu, kata Ahli Parlimen Bera itu, objektif penubuhan pasukan khas itu adalah bagi memastikan Keluarga Malaysia tidak terkesan dengan serius akibat kenaikan inflasi di seluruh dunia.

“Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi adalah insiatif Kerajaan untuk rakyat membuat persediaan menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup dan menyelesaikan isu-isu berkaitan inflasi,” katanya dalam sesi sidang Dewan Rakyat yang menyentuh tentang persoalan Kos Sara Hidup Rakyat yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Ismail Sabri juga berkata, bagi mengawal kenaikan harga barangan dengan lebih efisien dan berkesan, ia turut dipantau oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).


Perdana Menteri berkata, Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi ini juga akan mengadakan mesyuarat dua kali seminggu iaitu pada Isnin dan Khamis bagi membincangkan segala isu dan masalah yang berkaitan dengan inflasi. -SM

(Visited 31 times, 2 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button