Hiburan

Selepas 4 tahun, Hetty Sarlene hamil anak pertama

Selepas empat tahun berkahwin, pelakon yang berasal dari Singapura, Hetty Sarlene mengumumkan yang dia kini sedang hamil anak pertama.

Berita gembira itu diumumkan Hetty menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini.

“Kami akan menyambut ulang tahun ke empat perkahwinan pada minggu hadapan.

“Apa yang menarik ialah kami juga akan menyambut kelahiran pertama kami selepas empat tahun berkahwin.

hetty
Hetty bersama suaminya, Dani. -Gambar dari IG Hetty Sarlene

“Inilah sebabnya mengapa saya mengambil masa untuk menyepikan diri seketika daripada industri hiburan,” kata pelakon itu.

Menurut Hetty, banyak yang berlaku kepadanya terutamanya di awal kehamilan.

BACA> Penerbit Glee tubuh dana khas buat anak Rivera

“Saya berdepan dengan muntah, pening, emosi terganggu, jatuh tandas, kerap tidur dan banyak lagi.

“Saya juga berpegang kepada nasihat orang-orang lama untuk banyakkan berehat dan dapatkan tidur yang cukup,” jelasnya.

Ruangan komen IG Hetty juga dipenuhi dengan ucapan tahniah dan nasihat daripada mereka yang sudah mengandung dan bersalin sebelum ini.

BACA> Sembilan produk cantikkan muka ada kimia berbahaya

Hetty sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama Dani atau nama sebenarnya Daniel Oakes yang berasal dari London pada 23 Julai 2016. -SM

(Visited 522 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button