Nasionalpilihan

32 pelajar SMK Tinggi Perempuan Melaka keracunan makanan

Seramai 32 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Perempuan Melaka terpaksa dikejarkan ke klinik kesihatan selepas mengalami simptom keracunan makanan awal pagi semalam.

Pelajar mendakwa mereka sakit perut selepas menjamah ayam masak lemak cili padi untuk makan malam di Dewan makan asrama sekolah berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata, ekoran kejadia itu dapur asrama telah diarahkan tutup selama 14 hari bermula semalam mengikut Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Menurutnya, disyaki ayam masak lemak cili padi yang dimakan pelajar pada malam Ahad menjadi punca mereka dikejarkan ke Klinik Kesihatan Peringgit Isnin pagi.

“Pelajar ada mendakwa keadaan ayam yang dihidangkan lain daripada yang lain selain rasanya pelik.

“Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Melaka Tengah akan melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca keracunan makanan itu,” ujarnya dalam dalam sidang akhbar pada Persidangan Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15 di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka di sini, hari ini.

Hee Sem berkata, kesemua pelajar dirawat sebagai pesakit luar dan tiada dalam kalangan mereka dimasukkan ke wad.

Menurutnya, setakat 31 Julai lalu, sebanyak lapan kes keracunan makanan telah dilaporkan di Melaka dengan lima daripadanya membabitkan sekolah.

Katanya, tiga kes berlaku di Melaka Tengah dan Alor Gajah serta dua lagi di Jasin. – SM

(Visited 171 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button