Ekonomi

Kerajaan terus keluarkan permit import ayam

MELAKA: Kerajaan akan terus mengeluarkan permit import ayam utuh beku walaupun subsidi diberikan kepada penternak ayam, kata timbalan menteri pertanian dan industri makanan Ahmad Hamzah.

Beliau berkata langkah itu bagi menangani kekurangan bekalan dan menstabilkan harga ayam.

“Kami tidak menyarankan pengeluar menghentikan atau mengurangkan import ayam kerana dalam jangka panjang ia akan merugikan dan negara pengeksport akan mencari sumber lain.

“Syarikat terbabit juga telah menandatangani perjanjian jangka panjang dan mereka tidak boleh begitu sahaja menghentikan bekalan,” katanya kepada pemberita di Zoo Melaka hari ini.

Pada 9 Feb, Kabinet bersetuju memberi subsidi ayam dan telur kepada penternak ayam dalam tempoh skim kawalan harga maksimum Keluarga Malaysia sehingga 4 Jun.

Di bawah skim itu, penternak akan menerima subsidi sebanyak 60 sen sekilogram untuk ayam hidup dan ayam utuh, dan 5 sen sebiji telur daripada semua kategori.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Ronald Kiandee berkata subsidi itu akan meringankan beban petani berikutan peningkatan kos terutama makanan ternakan yang meliputi 70 peratus kos pengeluaran.

 

(Visited 121 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button