Luar Negara

Warga China didakwa di mahkamah kerana guna rakyat Singapura beli rumah

Seorang warga China didakwa di mahkamah Singapura hari ini kerana menggunakan seorang rakyat Singapura untuk membeli hartanah persendirian pada tahun 2014 dan mengamanahkan hartanah tersebut atas nama rakyat negara itu.

Media tempatan, Berita Mediacrop melaporkan, dokumen mahkamah mengenal pasti warga China itu sebagai Chen Xiaopu, 39 tahun, dan hartanah kediaman itu sebagai Belgravia Villas di Ang Mo Kio.

Polis dalam kenyataan media memberitahu, Chen berkata warga Singapura, yang namanya dalam dokumen mahkamah tertera sebagai Song Fanrong, memberitahu, dia tidak layak membeli hartanah menggunakan nama sendiri memandangkan dia seorang warga asing,

Song dipercayai menawarkan untuk membeli hartanah tersebut bagi pihak Chen dan memindahkan pemilikan hartanah kepada Chen sebaik sahaja Chen mendapat kerakyatan Singapura ataupun status Penduduk Tetap (PR).

Chen kemudian “menerima tawaran tersebut dan membuat sebahagian bayaran kepada Song untuk membeli rumah itu,” menurut pihak polis.

“Warga Singapura itu didakwa membuat perjanjian jual beli bersama pemaju rumah privet tersebut,” tambah polis.

Jika disabit kesalahan, Chen boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda sehingga S$100,000 atau kedua-duanya sekali. -SM

(Visited 231 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button