Nasional

Kerajaan Selangor akan bantu belia buka syarika e-hailing sendiri

PENGLIBATAN belia dalam sektor ekonomi Gerak Insan Gemilang (GIG) seperti pemandu e-hailing ataupun pengantar makanan semakin mendapat tempat dalam kalangan belia.

Ia berdasarkan permohonan yang diterima Kerajaan Negeri Selangor menerusi Program Inisiatif Roda Darul Ehsan (Ride) sebanyak 22,321 orang yang berminat.

Justeru, kerajaan negeri bercadang untuk mengembangkan lagi penerokaan dalam sektor ekonomi GIG dengan membantu belia membuka syarikat sendiri.

Oleh demikian, satu inisiatif dijangka dilaksanakan pada tahun hadapan bagi menggalakkan belia terlibat dalam keusahawanan.

“Kita akan membuka kepada mereka yang terlibat dalam program ini untuk membuka syarikat sendiri.

“Jadi, kepada para belia yang berminat untuk membuka syarikat e-hailing sendiri melalui kawan-kawan mereka, mungkin ada 500 ataupun seribu dalam kalangan belia kita.

“Mereka rasa hendak buka satu syarikat e-hailing sendiri, di tempat-tempat tertentu dalam servis tertentu maka kerajaan negeri tahun hadapan akan melihat kepada ke arah melantik mentor kepada mereka.

“Serta membiarkan mereka berdiri dengan syarikat mereka sendiri.”

Kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Modal Insan dan Generasi Muda dan Sukan, Mohd. Khairuddin Othman hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas perasmian Majlis Penyerahan Inisiatif Roda Darul Ehsan di Dataran SUK, Shah Alam.

Program yang bermula pada tahun ini diperuntukan sebanyak RM2 juta menerusi belanjawan Selangor pada 2020 yang dibentangkan pada tahun lalu.

Sejumlah RM2 juta lagi diperuntukan pada tahun hadapan bagi membantu belia yang berminat menyertai sektor ekonomi GIG itu.

“Kita dapat maklumat ramai para belia diberhentikan kerja dan berminat, cuma mereka tidak tahu hendak ke mana.

Jadi kerajaan negeri akan membantu. Kita akan berbincangan dengan Menteri Besar bagaimana kita akan bantu untuk mewujudkan syarikat mereka sendiri termasuk modal,” katanya.

Beliau menambah, kerajaan negeri mengalu-alukan jika ada syarikat yang ingin mengadakan kerjasama termasuklah mengadakan krusus kepada para rider. – SM

(Visited 336 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button