Jenayah

Lagi rakyat tempatan bersekongkol seludup PATI ditangkap

SEORANG lelaki warga tempatan ditahan di Jeti Seng Lee, Bagan Sekinchan kerana dipercayai membawa masuk pendatang tanpa izin (PATI) ke negara ini, kira-kira 5.30 pagi semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih Supt Zulafendy Hassan berkata turut ditahan bersama lelaki berumur 32 tahun itu ialah 3 lelaki warga Indonesia disyaki tekong laut dan 2 PATI warganegara sama.

“Siasatan awal mendapati lelaki tempatan itu dipercayai melakukan perkhidmatan membawa masuk PATI berkenaan bersama tekong laut terbabit menggunakan bot nelayan.

“Turut dirampas 1 bot pukat tunda kelas B, 2 pukat tunda, 1 peralatan Sistem Kedudukan Global (GPS), 1 telefon bimbit, 1 ‘walkie talkie’, dan juga mata wang rupiah berjumlah 1.2 juta. Semua rampasan dianggarkan bernilai RM667,400,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, suspek yang ditahan bersama barang rampasan dibawa ke Balai Polis Sekinchan untuk tindakan lanjut mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran serta Seksyen 6(3) Akta Imigresen.-BERNAMA

(Visited 361 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button