Politik

Hasni Tekad Berkhidmat, Gabungan Baharu Akan Galas Amanah Dengan Sebaiknya

Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata , selaku bangsa Johor, beliau akan menjadi pemimpin untuk semua dan menyeru semua pihak untuk bersama-sama berikhtiar serta bekerja bersamanya untuk memberikan yang terbaik kepada Johor dan rakyatnya.

Ujarnya, beliau menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar atas kepercayaan yang diberikan dan berjanji bersama seluruh pasukan Kerajaan Negeri dari Gabungan Baharu akan berusaha menggalas amanah dengan sebaiknya.

“Pelantikan ini merupakan satu keperluan yang dilakukan mengikut proses yang menyantuni lunas undang-undang serta kuasa mutlak DYMM Sultan Johor.

“Saya percaya, sekarang adalah masa untuk kita semua memberikan sepenuh perhatian dan tenaga untuk memulihkan keadaan negeri dan memastikan Johor menerima yang terbaik,” ujarnya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor Ke-18 di hadapan DYMM Sultan Johor di Istana Bukit Serene, di sini hari ini.

Berikut merupakan kenyataan media Hasni, yang disiarkan di laman web rasmi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor: umnojohorofficial.com

YB Datuk Ir. Hasni Mohammad
YAB Menteri Besar Johor

1. Susulan kemelut politik dalaman Pakatan Harapan di peringkat Kerajaan Persekutuan yang berpunca dari penarikan keluar BERSATU dan peletakan jawatan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri, Pakatan Harapan secara jelas dan rasmi telah tumbang sebagai sebuah Kerajaan.

2. Dengan tumbangnya Kerajaan Pakatan Harapan di peringkat Persekutuan, maka ia telah turut memberi kesan teruk sehinggakan Kerajaan Negeri Johor juga telah tumbang dan terbubar.

3. Susulan itu, satu Kerajaan Negeri yang baharu mesti ditubuhkan dengan segera dan mengambil kepentingan rakyat dan negeri ini.

4. Dengan itu, DYMM Tuanku Sultan Johor telah menggunakan kuasa dan budi bicaranya di bawah undang-undang tubuh negeri untuk melantik saya sebagai Menteri Besar Johor yang baharu.

5. Pada masa yang sama, Gabungan Baharu, yang merupakan kerjasama beberapa parti politik, akan menjadi Kerajaan Negeri Johor menggantikan Kerajaan Pakatan Harapan.

6. Pelantikan ini merupakan satu keperluan yang dilakukan mengikut proses yang menyantuni lunas undang-undang serta kuasa mutlak DYMM Sultan Johor.

7. Saya percaya, sekarang adalah masa untuk kita semua memberikan sepenuh perhatian dan tenaga untuk memulihkan keadaan negeri dan memastikan Johor menerima yang terbaik.

8. Selaku bangsa Johor, saya akan menjadi pemimpin untuk semua dan menyeru semua pihak untuk bersama-sama berikhtiar dan bekerja bersama saya untuk memberikan yang terbaik kepada Johor dan rakyatnya.

9. Saya menjunjung kasih kepada DYMM Sultan Johor atas kepercayaan ini. Saya dan seluruh pasukan Kerajaan Negeri dari Gabungan Baharu akan berusaha menggalas amanah ini dengan sebaiknya.

(Visited 57 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button