Luar Negara

Covid-19: Pelajar Malaysia di Sudan mungkin dijangkiti

SERAMAI 12 daripada 17 pelajar Malaysia yang tinggal dalam kawasan sama di wilayah Khartoum, Sudan dikhuatiri mendapat jangkitan Koronavirus (Covid-19) di sana.

Hal demikian ekoran peningkatan jumlah penduduk yang dijangkiti pandemik itu meningkat dan terkesan kepada rakyat Malaysia di sana.

BACA > Pertanian Peluang Jana Pendapatan Pasca-PKPB – Raja Muda Perlis. — Suara Merdeka

12 orang tinggal serumah bersama lima rakan yang lain dilaporkan alami gangguan kesihatan sejak kebelakangan ini.

Mereka dilaporkan tinggal di Rumah Ettihad itu mengalami gejala seperti demam, batuk, sakit kepala, tekak, hilang deria rasa dan kelesuan.

Menurut laporan portal Malaysia Gazette, seramai 45 orang pelajar negara ini masih berada di sana namun penempatan mereka berasingan.

“Sehingga hari ini, beberapa pelajar yang menunjukkan perubahan semakin pulih daripada demam tetapi masih lesu.

“Difahamkan, wakil ketua rumah telah menghubungi pihak hospital yang menguruskan bencana Covid-19 di Khartoum dan setakat ini mereka dinasihatkan untuk terus kuarantin di kediaman selama 14 hari,” katanya.

BACA > BN sokong PN hingga Parlimen bubar, sedia hadapi PRU-15, kata Najib — Suara Merdeka
BACA > Mengapa mahu `dicarik’ institusi presiden UMNO tonggak BN? — Suara Merdeka

Tambah portal itu, para pelajar disana sudah membuat rayuan kepada Kementerian Luar Negeri di Malaysia untuk pulang ke tanah air.

Bagaimanapun, mereka mendakwa masih belum menerima sebarang maklum balas daripada kementerian ataupun kedutaan besar di Sudan.

Dalam perkembangan lain, Menteri Kanan Keselamatan memaklumkan, seramai 49,206 rakyat Malaysia yang berada di luar negara tiba di tanah air.

BACA > PKPB rentas negeri: Pahang, Melaka, Selangor catat tiga negeri tertinggi langgar SOP — Suara Merdeka
BACA > 57,729 mahasiswa sudah pulang ke rumah — Suara Merdeka

Kesemua mereka diarahkan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari dan 38,341 daripada jumlah tersebut sudahpun selesai dan dibenarkan pulang. – SM

(Visited 334 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button