Nasional

Main badminton depan rumah, polis hanya beri teguran, tiada kompaun dikeluarkan

POLIS tidak mengeluarkan kompuan sebaliknya hanya memberi teguran kepada dua lelaki yang didapati bermain badminton di hadapan rumah mereka di USJ2, Subang Jaya semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, pihaknya sebelum itu menerima aduan daripada orang ramai berkenaan dua individu terbabit.

“Ketika sampai di lokasi, kita mendapati memang terdapat dua individu bermain badminton di hadapan rumah.

“Kita juga telah memberi penerangan berkenaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu tiada sebarang aktiviti senaman dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Abd Khalid, pihaknya juga tidak mengeluarkan sebarang bentuk kompaun kepada dua individu terbabit.

Jelasnya, pihaknya menyeru orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan bahaya virus ini yang boleh mendatangkan mudarat serta mematuhi SOP PKPD yang telah di keluarkan dalam memerangi Virus Covid-19 ini.

Terdahulu, tular dakwaan yang mengatakan terdapat penduduk yang dikenakan kompaun kerana bermain badminton di depan rumah. -SM

(Visited 178 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button