Politik

Bukan fokus pada logo ya Akmal Nasrullah – Anthony Loke

KETUA Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Akmal Nasrullah Md Nasir mencadangkan menggunakan logo PKR bagi mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sekali gus menggembleng kekuatan dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada PH.

KETUA Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Akmal Nasrullah Md Nasir

Usul itu dikemukakan Akmal ketika berucap pada Kongres Pemuda PKR semalam.

Walau bagaimanapun, cadangan beliau tidak mendapat sokongan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Memetik laporan BERNAMA, Anthony Loke berkata, sekarang bukan masa sesuai bagi membincangkan isu penggunaan logo untuk PRU15.

Sebaliknya fokus perlu diletakkan sepenuhnya ke arah membantu rakyat, kata Anthony.

Katanya lagi, perkara itu sudah dibincangkan secara terperinci dalam pemukiman PH pada April lalu dan semua parti komponen PH sudah mencapai persefahaman umum mengenainya.

“Tidak perlulah mana-mana pihak mengungkit perkara ini secara terbuka selain bertelagah antara satu sama lain, ia tidak akan kemana-mana.

“Apabila tiba masanya, Majlis Presiden PH akan membuat keputusan bersama dalam perkara ini. Soal strategi pilihan raya dan logo apa yang paling ‘winnable’ boleh dibincangkan kemudian hari,” kata Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban.

Anthony berkata demikian ketika mengulas cadangan yang dikemukakan oleh Akmal.

Kata Anthony, pada masa ini, pemimpin PH perlu memainkan peranan supaya setiap rakyat memperoleh vaksin dengan segera dan memastikan lebih banyak pusat pemberian vaksin (PPV) dibuka selain menyelesaikan isu pengangkutan ke PPV. – SM

(Visited 208 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button