Politik

Kerajaan PN bukan kerajaan Melayu Islam – Dr. Mahathir

KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) yang sedang mentadbir negara ini dikatakan bukan sebagai sebuah kerajaan Melayu dan Islam.

Malah, dakwaan mengatakan kerajaan ini sebagai kerajaan Melayu dan Islam adalah satu pembohongan dan persepsi sedemikian perlu diperbetulkan.

Ini kerana, Kerajaan PN masih memerlukan sokongan daripada Ahli Parlimen daripada kaum lain seperti Cina dan India.

Malah, majoriti yang dimiliki kerajaan pula terlalu tipis, sekiranya dua Ahli Parlimen daripada MIC atau MCA menarik sokongan, pilihan raya perlu diadakan.

“Kalau ada dua tiga orang Cina dan India ini tak sokong, jatuh kerajaan. Dua tiga yang bukan Islam ini boleh jatuhkan kerajaan.”

Kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam sidang akhbar Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) semalam.

Malah, katanya lagi, sokonga yang dibawa oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga membawa masuk pengikutnya yang terdiri daripada empat orang bukan Islam.

Justeru, beliau menambah jika sokongan daripada kumpulan itu ditarik balik, maka Kerajaan PN juga akan jatuh.

“Siapakah mereka ini? Islam semuakah? Kita tak periksa lagilah tapi nampak macam bukan semua Islam.

“Sekali lagi mereka bergantung kepada yang bukan Islam ni untuk mendapatkan cukup bilang mendirikan kerajaan.

“Penyokong-penyokong Azmin Ali umpamanya, empat orang adalah bukan Islam,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Langkawi itu turut mengulas mengenai hasrat pembentukan gagasan pembangkang perdana.

Namun, beliau dilihat tidak berminat dengan gabungan tersebut kerana tidak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah, beliau juga mendakwa Anwar yang menolak cadangan beliau dan kumpulan penyokongnya untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

“Selepas PH kehilangan kuasa, kami berusaha untuk bekerjasama biarpun Parti Bersatu tidak lagi bersama PH, kami cuba menjadikan kerjasama itu kenyataan melalui PH Plus.

“Saya tawarkan kepada Anwar untuk saya memegang jawatan Perdana Menteri selama enam bulan, tetapi beliau tolak kerana menganggap jawatan itu miliknya.

“Kemudian saya cadangan nama Datuk Seri Shafie Apdal (sebagai Perdana Menteri) dia tolak juga.

“Soalnya ialah beliau tidak boleh menjadi Perdana Menteri tanpa cukup sokongan,” katanya.

Tambah Dr. Mahathir lagi, beliau juga kini tidak lagi mempercayai bekas timbalannya itu termasuklah dakwaan memiliki sokongan majoriti yang diumumkannya sebelum ini.

“Sudah berapa kali beliau mendakwa, beliau ada majoriti kuat, kukuh dan menyakinkan? Eh, you pi baliklah. Kalau kamu masih mahu mempercayai beliau, itu masalah anda.

“Tetapi saya sudah tidak lagi mempercayainya,” ujarnya. – SM

(Visited 455 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button