Luar Negara

Muller, Isteri dikecam jual air mani kuda

SELEPAS seminggu tular isu pemain bola, Kurt Zouma mendera kucingnya, kini penyerang Bayern Munich Thomas Muller dan isterinya pula dikecam kerana menjual air mani kuda.

Muller dan Lisa merupakan penunggang kudan dan juara ekuestrian memiliki ladang

Beliau dilaporkan menggunakan kuda mereka sebagai induk dengan menjual air mani beku kuda mereka pada harga £168 (RM953) setiap satu.

Tindakan pasangan itu dikecam oleh organisasi aktivis haiwan PETA selepas Muller mendedahkan salah satu kuda mereka cedera dalam proses mendapatkan air mani baru-baru ini.

“Malangnya kami mempunyai berita buruk. Kuda kegemaran kami, D’Avie tidak akan digunakan dalam beberapa bulan akan datang.

“Dia tergelincir semasa percubaan ujian untuk bersiap sedia untuk melakukan pembiakan,” kata Muller yang merupakan pemain skuad Jerman.

PETA bagaimanapun mendakwa kecederaan tersebut boleh dielakkan sambil menyelar pasangan itu kerana memaksa kuda melakukan “seks luar tabii”.

“Amat menyedihkan apabila pencinta kuda memaksa haiwan dalam jagaan mereka melakukan seks luar tabii bagi mendapatkan keuntungan maksimum,” kata jurucakap PETA Jana Hoger. -SM

(Visited 665 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button