Negeri

Pasar Nelayan Seberang Kota ditutup sementara gara-gara kontak Covid-19

PASAR Nelayan Seberang Kota, Kuala Kedah, ditutup sementara bermula semalam ekoran terdapat maklumat, pasar itu dikunjungi kontak rapat pesakit Covid-19 yang memakai gelang merah jambu.

Penutupan pasar awam itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Nor Azman Mohd. Noor.

BERNAMA melaporkan, Nor Azman berkata, pasar itu ditutup sementara waktu sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Susulan itu, satu notis dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) kepada peniaga di kawasan itu.

Justeru orang ramai tidak dibenarkan mengunjungi kawasan itu buat sementara waktu dan semua aktiviti perniagaan ditutup. – SM

(Visited 192 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button