Nasionalpilihan

PBT Melaka diminta elak karenah birokrasi terhadap pelabur

Karenah birokrasi harus diketepikan oleh semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Melaka bagi memudahkan urusan pelabur yang ingin melabur di negeri ini.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, sepatutnya pihak PBT mempermudahkan semua urusan pelabur yang ingin bertapak di Melaka selaras untuk menjadikan sebagai negeri yang mesra pelabur.

“Tak ambil masa terlalu lama bagi serta mempermudahkan urusan pelabur mengikut ketetapan yang telah dibuat.

“Ini amat penting untuk menjayakan hasrat kerajaan negeri untuk meningkatkan pendapatan dan merancakkan lagi ekonomi di Melaka.

“Namun pelabur perlu juga mematuhi segala peraturan dan kaedah ditetapkan jika mahu urusan mereka dipermudahkan,” ujarnya kepada
pemberita selepas Sesi Townhall Bajet 2024 Negeri Melaka yang dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh di sini, hari ini.

Rais berkata, beliau yakin dan percaya semua PBT di negeri ini faham dengan hasrat Ketua Menteri yang mahukan segala urusan pelabur untuk permudahkan tanpa karenah birokrasi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai keputusan sebuah syarikat yang menarik diri daripada melabur di sebuah negeri berikutan karenah birokrasi didakwa daripada sebuah PBT.

Jelasnya, kerajaan negeri sentiasa terbuka dan bersedia untuk mendengar segala masalah yang dihadapi pelabur yang ingin melabur di negeri ini kerana ia dapat diselesaikan secara bersama. – SM

(Visited 165 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button