Parlimen

Peruntukan Belanjawan 2021 Kementerian Luar lulus undi suara

DEWAN Rakyat hari ini meluluskan peruntukan untuk Kementerian Luar di bawah Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 di peringkat jawatankuasa.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said mengumumkan perkara itu selepas majoriti ahli Parlimen memberi sokongan menerusi undi suara.

Penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar Negeri dilakukan oleh Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar.

“Alhamdulillah, penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar Negeri diluluskan.

“Tahniah Timbalan Menteri Luar, Dato’ Kamarudin Jaafar dan seluruh warga Wisma Putra!” kata Menteri Luar Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein di Facebook.

Kementerian Luar menerima peruntukan berjumlah RM778 juta dalam Belanjawan 2021-SM

 

 

(Visited 158 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button