Nasional

Kes aktif Covid-19 hampir cecah 100 orang, kluster baru di Sarawak

KES aktif dan kebolehjangkitan Covid-19 terus meningkat dengan sembilan kes baharu yang telah dilaporkan menjadikan keseluruhan kes adalah seramai 96 orang.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), empat kes baharu merupakan kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara. Ia melibatkan tiga orang warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara yang berkahwin dengan rakyat Malaysia.

Empat kes import tersebut adalah mereka yang pulang dari Indonesia (2), Singapura (1) dan Pakistan (1).

Sementara  lima kes baharu melibatkan penularan dalam negara. Daripada jumlah itu satu kes melibatkan warga asing iaitu kes saringan sebelum berlepas ke China. Baki empat juga berlaku di Sarawak merupakan rakyat Malaysia.

“Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 122 kes.” kata Dr. Noor Hisham.

Sementara itu KKM memaklumkan satu kluster baharu telah dikesan di sebuah pasar di Stutong, Sarawak.

Sehingga pukul 12 tengah hari, 218 orang penjaja telah disaring terdiri daripada 213 warganegara Malaysia dan lima warganegara asing.

“Dua kes dikesan positif COVID-19 dan 54 adalah negatif. Kluster ini dikesan hasil saringan Covid-19 bagi penjaja-penjaja pasar tersebut yang dikenalpasti sebagai salah satu kumpulan sasar dalam pendekatan tertumpu.

“Pasar ini telah ditutup buat sementara waktu bagi pelaksanaan aktiviti pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses pembersihan dan nyah kuman. Punca jangkitan kluster adalah masih di dalam siasatan,” kata kenyataan tersebut.

Sementara bagi Kluster Mambong, Sarawak sehingga pukul 12 tengah hari, sejumlah lima kes positif Covid-19 telah dilaporkan daripada 70 orang yang telah disaring.

“Seramai 65 orang masih menunggu keputusan. Kluster ini melibatkan warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara, iaitu warga Filipina yang merupakan kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-8732). Punca jangkitan kluster masih di dalam siasatan,” kata kenyataan tersebut.-SM

 

(Visited 94 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button