Luar Negara

Kakak suspek tikaman di UK Sabtu lalu mohon maaf

3 maut, 3 cedera dalam serangan di Reading, England

KAKAK kepada suspek yang terlibat dalam kes tikam di Reading, United Kingdom minggu lalu memohon maaf kepada keluarga mangsa.

Dalam insiden itu, tiga disahkan terbunuh manakala tiga yang lain cedera parah dalam serangan tikam secara rambang di sebuah taman di bandar Reading, England pada petang Sabtu lalu.

Polis United Kingdom menyifatkan kejadian yang belaku di Forbury Gardens Park itu sebagai serangan pengganas.

Ketua Pegawai Anti Keganasan UK, Neil Basu memaklumkan, pihaknya akan mengambil alih tugasan polis bagi menjalankan siasatan lanjut.

Bercakap kepada media tempatan, Sky News, kakak suspek memberitahu, malam sebelum kejadian, adiknya yang dikenal pasti sebagai Khairi Saadallah ada bercakap dengannya dan kedengaran suspek dikatakan dalam nada sedih.

Walau bagaimanapun, kakak suspek tidak mendedahkan identiti dirinya semasa membuat permohonan maaf tersebut.

Sabtu lalu, pada 20 Jun, kira-kira pukul 7 malam waktu tempatan, seorang lelaki berlari ke Forbury Garden di pusat bandar Reading dan menyerang orang awam dengan menggunakan pisau.
Fail:Boris Johnson official portrait.jpg - Wikipedia Bahasa Melayu ...
Lelaki itu menikam tiga orang sehingga maut dan mencederakan beberapa yang lain. Susulan kejadian itu, seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan polis kerana disyaki membunuh.

Bagaimanapun, pihak polis tidak menemui sebarang petunjuk wujudnya pihak ketiga yang terlibat dalam serangan tersebut.

Dalam pada itu Perdana Menteri Boris Johnson dilaporkan berjumpa dengan pegawai keselamatan, polis dan menteri kanan pada pagi Ahad lalu untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan siasatan yang dijalankan.

Kelmarin (Isnin), penduduk tempatan memberikan penghormatan terakhir kepada mangsa tikaman di Forbury Gardens yang turut melibatkan seorang guru sejarah, James Furlong dan rakannya, warga Amerika, Joe Ritchie-Bennett. – SM

 

(Visited 130 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button