Ekonomi

Kerajaan perlu bangunkan ekonomi bernilai tinggi

Institut Masa Depan Malaysia (MASA) menggesa Kerajaan membangunkan ekonomi bernilai tinggi bagi menyelesaikanisu ketidaksamaan ekonomi antara kaum.

Impak pandemik COVID-19 terhadap pendapatan isi rumahtelah menjejaskan struktur kumpulan isi rumah, meningkatkankadar kemiskinan dan meluaskan jurang ketidaksamaan. Tidak dinafikan kumpulan B40, terutamanya golongan miskin dan rentan yang merupakan golongan paling terjejas.

Majoriti pendapatan isi rumah mengalami kemerosotan, kebanyakannya yang berada dalam kumpulan isi rumahberpendapatan tinggi, telah beralih ke kumpulan isi rumahberpendapatan rendah – 20 peratus isi rumah M40 berpendapatan antara RM4,850 hingga RM10,959 telah jatuhkepada kumpulan B40. Data tahun 2020 yang dikeluarkanoleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkanbahawa kumpulan isi rumah B40 mengalami penyusutan lebihbesar kepada 15.9 peratus dalam agihan pendapatan.

Isu ini penting untuk diambil perhatian kerana kumpulanBumiputera merupakan kelompok besar daripada kumpulanB40.

Program-program yang bertujuan menyediakan peluangsosioekonomi dan memudahkan peningkatkan mobiliti untukBumiputera telah dirangka sejak pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971. Perkembangannya dapat dilihatmelalui penubuhan organisasi dan institusi berteraskanBumiputera, seperti Unit Peneraju Bumiputera (TERAJU) dan pengenalan skim-skim seperti program Transformasi Ekonomi Bumiputera (BETR). Namun, langkah-langkah ini masihdilihat belum membuahkan hasil

Negeri-negeri yang mempunyai penduduk Bumiputera yang tinggi (Sabah, Sarawak, Kelantan dan Kedah) mencatatkaninsiden kemiskinan tertinggi akibat ketidaksamaan dan pembangunan yang tidak seimbang dari sudut kekayaan, pendapatan, pendidikan dan infrastruktur. Negeri-negeri inimendahului peratusan isi rumah berpendapatan di bawahRM7,000. Prestasi ekonomi Sabah dan Sarawak sepanjanglima tahun lepas juga lebih rendah daripada purata negara iaitu 2.7 peratus setahun.

Bumiputera yang mendapat pendidikan lepas menengahmerupakan penyumbang terbesar kadar pengangguranberbanding kumpulan etnik lain. Kadar penyertaan tenagaburuh bagi bukan Bumiputera adalah lebih tinggi berbandingBumiputera dan kumpulan etnik lain di Malaysia iaitusebanyak 65.8 peratus.

Kerajaan perlu menggariskan hala tuju dan objektif yang jelas dalam membantu golongan Bumiputera, terutamanyamereka yang tergolong di bawah isi rumah berpendapatanpenengah.

Sehingga kini, masih belum wujud sebarang pelanstrategik berdasarkan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri berhubung Pelan Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB2030). Pelaksanaan tindakan susulanTPB2030 perlu dimaklumkan kepada umum bagi memastikanketelusan dan keterangkuman. Pelaksanaan pelan tindakantersebut hendaklah berasaskan keperluan, dengan tumpuanuntuk membangunkan Bumiputera B40 untuk membina dayatahan terhadap sebarang cabaran ekonomi yang mendatang.

Pada peringkat mikro, Kerajaan harus mengutamakan asasmodal yang diperlukan oleh usahawan untuk menaiktarafPerusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negeri yang kurang membangun. Ini boleh dilakukan menerusi beberapalangkah dan insentif melalui pemindahan tunai langsungkepada pengusaha perniagaan. Langkah ini akanmenambahbaik ekosistem perniagaan dan menyediakan akseskepada pasaran negara bagi mewujudkan penawaranpekerjaan bergaji tinggi, serta  meneroka konsep wakaf bagimempelbagai sumber kewangan untuk membiayai perniagaandan meningkatkan ekuiti Bumiputera.

Kerajaan juga harus memanfaatkan sains data untukmemantau kemajuan dan keluaran PKS Bumiputera melaluipembangunan pangkalan data berpusat berasaskan industri

Natijahnya, isu birokrasi dan pentadbiran mestidikurangkan bagi mempercepat pemberian bantuanperniagaan dan meminimumkan ketirisan akibat amalanrasuah. Aspek perundangan pelaksanaan tender terbuka juga perlu dipertimbang untuk memastikan ketelusan dalampembidaan kompetitif terbuka untuk usahawan Bumiputera.

AZRIL MOHD AMIN

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

INSTITUT MASA DEPAN MALAYSIA

(Visited 174 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button