Politik

Kerajaan Patut Bantu Tapi PH Kata Golongan Miskin Patut Usaha Sendiri… – Noraini

Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad menegaskan apabila membicarakan tentang ekonomi rakyat, mahu tidak mahu ia akan terus membicarakan tentang hidup rakyat itu sendiri.

Jelas beliau, kemana-mana pergi sama ada rakyat biasa atau peniaga pasti mengeluh kerana kehidupan yang serba kekurangan, jualan peniaga semakin merosot kerana kuasa pembeli pengguna telah menurun.

“Saya mencadangkan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini untuk membantu dan lebih banyak mewujudkan peluang warga Malaysia menjadi usahawan, tetapi kerajaan PH ada mengatakan bahawa golongan miskin harus berusaha sendiri tanpa mengharap apa-apa bantuan kerajaan.

“Kita mahu berusaha sendiri tanpa mengharap kerajaan tapi … adakah kerajaan telah menyediakan prasarana dan ekonomi yang kukuh dan mantap?” katanya dalam forum W.I.S.E 3.0 ‘Randau Ekonomi Rakyat’, anjuran Pergerakan Wanita UMNO bertempat di Auditorium UMNO, Menara Dato’ Onn, di sini.

Noraini menegaskan bahawa rakyat Malaysia bekerja kuat siang dan malam demi untuk mencukupkan kehidupan harian.

“Tiap-tiap orang yang diberi kepercayaan dan memerintah negara haruslah dengan tiga perkara iaitu akal, ilmu dan terakhir mantiq, dan perlu dijauhi lima perkara iaitu sempit hati, terburu-buru, hasad dengki, hawa nafsu dan terakhir adalah berbohong,” katanya lagi.

Namun hari ini katanya, dalam kerajaan pemerintah terdapat lima perkara kesemuanya maka sebab itu negara ini semakin ‘tercela’ seperti hari ini bukannya ‘terbela’.

Program berbentul bual bicara ini menampilkan ahli panel terdiri daripada Datuk Seri Ahmad Maslan, Datuk Seri Hasmizah Othman yang lebih dikenali sebagai Datuk Vida dan moderator, Datin Hajar Abdul Rahman.

Turut hadir dalam forum ini, Naib Ketua Wanita, Datuk Norliza Abdul Rahim; Penolong Setiausaha, Datuk Rosni Sohar; Exco-exco Wanita dan juga ahli akar umbi dari Wanita. – UMNO ONLINE

(Visited 193 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button