Negeri

Kerajaan Negeri Selangor perkasa Program Tuisyen Rakyat

Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) akan diperkasakan oleh Kerajaan Negeri pada 2021 mendepani pandemik Covid 19 yang mengutamakan pembelajaran secara atas talian.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar Selangor, program tuisyen bagi calon yang akan menduduki peperiksaan utama itu merupakan sinergi antara Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) serta anak syarikat Menteri Besar Incoporated (MBI).

“Menerusi kerjasama itu, satu plafrom digital di wujudkan untuk melaksanakan e-PTRS bagi kemudahan pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

“Program ini dilihat memberi nilai tambah kepada para pelajar dan guru untuk memperkasakan pembelajaran ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)2.0 ini,” kata kenyataan tersebut.

PTRS diharap memberi peluang kepada pelajar dan guru untuk lebih bersedia menghadapi peperiksaan walapun pembelajaran dan pengajaran (PDP) tidak berjalan seperti biasa.

(Visited 454 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button