Parlimen

Dewan Rakyat riuh, pembangkang marah salah kira satu undi

DEWAN Rakyat sekali lagi riuh rendah dan tergendala hampir setengah jam selepas berlaku kesilapan undi belah bahagi bagi peruntukan Belanjawan 2021 untuk Kementerian Kewangan semalam.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan berlaku kesilapan kiraan satu undi menyokong sedangkan ahli Parlimen terbabit iaitu Ahli Parlimen Pandang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz tidak berada dalam dewan.

“Dewan Rakyat membuat pemakluman daripada Datuk Shabudin Yahaya, Ahli Parlimen Tasek Gelugor semalam berkenaan senarai undi bagi Blok C semasa undi belah bahagi bagi Kementerian Kewangan.

“Beliau bagi penghitung blok C memaklumkan bahawa beliau telah tersilap menandakan YB Padangan Rengas bersetuju dalam senarai undi walapun sebenarnya YB Padangan Rengah tidak hadir dalam pengundian yang kedua semalam.

“Oleh itu saya meminta keputusan belah bahagi bagi Kepala B10, B11 dan B12 angaran perbelanjaan mengurus 2021 kementerian kewangan daripada 18 yang tidak hadir kepada 19 dan 107 ahli bersetuju kepada 106 manakala 95 ahli kekal tidak bersetuju,” kata Azizan dalam pemakluman yang dibacakan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Bagaimanapun pemakluman tersebut menimbulkan bantahan daripada ahli Parlimen Pembangkang.

Mereka berpendapat perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku dan boleh menyebabkan penipuan.

“Bagaimana kita ingin pastikan kesilapan seperti ini tidak akan berulang lagi. Takkanlah di Dewan Rakyat tidak ada sistem semak imbang. Kalau macam itu saya pun boleh ambil undi blok, contoh Tun kata tidak, saya kata ya sahaja. Saya harap Speaker dan Timbalan Spaeker cari jalan sistem semak imbang,” kata Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Tuan Speaker telah menjelaskan bahawa dalam kiraan kelmarin Padang Rengas diambil kira walaupun beliau tidak hadir. Persoalan saya macama-mana perkara ini boleh berlaku. Macama-mana kita mahu pastikan perkara ini tidak berlaku lagi. Saya minta individu yang mengira diambil tindakan. Ya. Ini merupakan satu penipuan. Kalau perkara sebesar ini pun boleh ditipu bayangkan perkara lain yang boleh ditipu oleh PN,” kata Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer.

Sementara itu Shabudin menjelaskan beliau tidak ada sebarang niat untuk menipu.

Ketika Shabudin melakukan penjelasan ucapan beliau dipotong dan diganggu oleh ahli Parlimen pembangkang.

“Saya tidak ada niat untuk menipu dewan ataupun melakukan sesuatu perkara yang bercanggah dengan peraturan dewan. Apabila perkara —– (dewan bising dengan bantahan ahli Parlimen Pembangkang–) yang lain dengarlah.

“Kalau tak nak dengar jangan dengar, kalau nak dengar duduklah. Saya tidak ada niat menipu dewan dan sebagainya dan kalau dianggap sebagai kesalahan saya telah memaklumkan dengan ikhlas kepada Speaker. Saya tidak menyembunyikan perkara ini. Dan saya telah memohon maaf kepada Speaker, terpulanglah kepada Speakar. Tapi jangan tuduh saya ada niat menipu,” kata Shabudin

Bagaimanapun penjelasan yang dibuat oleh Shahbudin tetap tidak diterima.

“Ini bukan soal dengar, cara mengundi kena tanya sorang-sorang. Kena tanya sorang-sorang,” jerit Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Kekecohan terus berlaku walaupun Shabudin membuat penjelasan.  Dewan Rakyat riuh hampir setengah jam hingga menyebabkan waktu berbahasa Ahli Parlimen Kepong Lip Lim Eng selama 20 minit habis tanpa sempat berbahas kerana turut membantah perkara tersebut dan meminta Shahbudin dihukum kerana melakukan kesalahan.

Mohd Rashid mengesa ahli Parlimen yang tidak berpuas hati membuat aduan bertulis berdasarkan Peraturan Perkara 43 Dewan Rakyat. -SM

 

 

(Visited 281 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button