NasionalParlimen

Peruntukan RM350 juta: Insentif pekebun kecil getah dinaikkan ke RM2.70 sekilogram

KERAJAAN bersetuju menaikkan Paras Harga Pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah daripada RM2.50 kepada RM2.70 sekilogram dengan peruntukan berjumlah RM350 juta.

Sehubungan itu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Lembaga Getah Malaysia (LGM) supaya memudah cara kaedah tuntutan terutamanya melibatkan pekebun kecil yang terpaksa keluar berpuluh kilometer hanya untuk mendapatkan insentif ini.

“Ini tidak boleh lagi menjadi amalan kerana menyusahkan rakyat dan saya mahu LGM dan semua agensi yang terlibat lebih responsif turun padang menguruskan tuntutan pekebun kecil dan mula bertindak proaktif dalam memudahkan urusan rakyat dengan Kerajaan,” katanya pada pembentangan Belanjawan 2023 Malaysia Madani hari ini.

Anwar berkata, kerajaan turut bersetuju menaikkan sumbangan musim tengkujuh daripada RM600 kepada RM800 untuk tempoh empat bulan.

Katanya, ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung 320,000 pekebun kecil dengan peruntukan RM256 juta.

“Bagi meningkatkan permintaan getah sekali gus menambah pendapatan pekebun kecil, kerajaan akan menyediakan RM50 juta untuk menggunakan Cuplump Modified Bitumin (CMB) bagi penyelenggaraan jalan di mana CMB dilihat lebih memanjangkan jangka hayat jalan. – SM

(Visited 213 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button