Politik
Trending

Fuziah seperti dihantui kenangan lalu

MUNGKIN tidak dapat menerima hakikat bahawa tidak berlaku peralihan kuasa Perdana Menteri daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Oleh demikian Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh seperti dihantui kenangan lalu apabila beliau retweet ciapan daripada bekas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

Ini kerana, Fuziah dilihat mengulang ciap kenyataan dalam Twitter Dr. Mahathir yang dimuat naik dua tahun lepas menyatakan terhutang budi dengan Anwar.

“Jiwa besar sungguh keluarga Anwar Ibrahim.. semuanya demi menyelamatkan Malaysia,” ciapan Ahli Parlimen dari PKR itu dalam Twitternya semalam.

Beliau menyatakan demikian terhadap ciapan Dr. Mahathir yang dimuat naik pada 7 Januari 2018.

Saya terhutang budi dan berterima kasih kepada keluarga @anwaribrahim kerana sanggup membelakangkan apa yg telah berlaku pada masa lalu, untuk menyelamatkan Malaysia.

“Perjuangan rakyat fokus utama kami berdua,” ciap Dr. Mahathir.

Umum mengetahui hubungan Ketua Pembangkang dengan Ahli Parlimen Langkawi itu dilihat dingin susulan penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada beliau tidak dilakukan.

Dr. Mahathir dikatakan memungkiri janji apabila meletakkan jawatan Perdana Menteri pada Februari lalu sehingga menyebabkan kerajaan PH terbubar.

Malah terkini, terdapat usaha menyekat kemaraan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri oleh beliau yang dikatakan bekerjasama dengan Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Tengku Mohd. Hamzah.

Presiden PKR itu sebelum ini menghadap Yang di-Pertuan Agong mendakwa beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan membentuk kerajaan baharu.

Bagaimanapun, usaha beliau terbantut apabila pelbagai situasi politik berlaku selain daripada kegagalannya mengemukakan senarai nama yang menyokongnya.

Tindakan beberapa pihak menyokong cadangan Tengku Razaleigh sebagai Perdana Menteri sementara jika Muhyiddin kehilangan sokongan juga antara yang menghalang kemaraan Anwar. – SM

(Visited 264 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button