Nasional

Bangunkan Luar Bandar & Basmi Kemiskinan Negara, Malaysia Jadi Tuan Rumah Forum MSMES

Kementerian Pembangunan Luar Bandar melalui Institut Kemajuan Desa telah menganjurkan Forum Pemerkasaan Perusahaan Luar Bandar Mikro, Kecil dan Sederhana Peringkat ASEAN [ASEAN Forum On Enhancing Rural Micro, Small And Medium Enterprises (MSMES)].

Forum tersebut dihadiri oleh kira-kira 100 orang yang terdiri daripada pegawai kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan usahawan luar bandar daripada negara-negara ASEAN dan ASEAN Campur Tiga seperti Singapura, Thailand, Cambodia, Filipina, Jepun, Republik Rakyat China dan Malaysia.

Forum ini turut dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Agung ASEAN (Komuniti Sosio Budaya), TYT Ekkaphab Phanthavong dan Sekretariat ASEAN.

Forum ini merupakan salah satu daripada komitmen Malaysia dalam Kerangka Pelan TindakanASEAN dalam Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan 2021 hingga 2025.

Forum ini bertujuan untuk berkongsi amalan terbaik dan bertukar pandangan di kalangan negara ASEAN dan ASEAN Campur Tiga mengenai isu dan cabaran yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana luar bandar semasa pendemik COVID-19 serta membincangkan hala tuju dan tindakan yang boleh diambil untuk meningkatkan daya tahan dan daya saing perusahaan luar bandar pasca COVID-19.

Dalam ucapan perasmiannya, Menteri Pembangunan Luar Bandar YB Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid telah memaklumkan aktiviti keusahawanan luar bandarmerupakan salah satu aktiviti utama yang dapat membantu membangunkan kawasan luar bandar.

Ini adalah aktiviti keusahawanan luar bandar mampu meningkatkan kualiti kehidupan bagi invidividu, keluarga dan komuniti di luar bandar.

YB Menteri Pembangunan Luar Bandar turut memberi penekanan terhadap kepentingan untuk meningkatkan penggunaan internet dan teknologi digital untuk memastikan kelestarian dan ketahanan usahawan luar bandar dalam era pemulihan pasca COVID-19.

Antara topik yang dibincangkan adalah cabaran usahawan luar bandar pasca COVID-19, pembudayaan aktiviti keusahawaan luar bandar bagi peningkatan ekonomi luar bandar, adaptasi ekonomi digital dalam keusahawanan luar bandar ke arah pembangunan inklusif dan pemulihan dan peningkatan daya tahan usahawan luar bandar pasca COVID-19.

Selain itu, beberapa usahawan luar bandar turut berkongsi pengalaman mendepani cabaran COVID-19 dan langkah pemulihan yang diambil untuk meneruskan perniagaan.

Hasil daripada forum ini boleh digunakan oleh negara-negara ASEAN untuk merangka pelan pembangunan usahawan luar bandar di negara masing-masing terutamanya yang berkaitan dengan teknologi digital.

(Visited 170 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button