Nasional

Irmohizam rakyat Malaysia pertama Pengerusi APAC hadir mesyuarat WTCA

PENGERUSI Majlis Penasihat Anggota Persidangan dan Pameran Asia Pasific (APAC) yang baharu dilantik, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim telah dijemput sebagai tetamu ke Mesyuarat Lembaga Pengarah Persatuan Pusat Dagangan Dunia (WTCA) baru-baru.

Irmohizam yang merupakan rakyat Malaysia pertama dilantik ke jawatan tersebut telah mengemas kini perkembangan aktiviti persidangan dan pameran APAC MAC dan memperkenalkan dan mengetengahkan rancangan semasa untuk persidangan dan pameran di Asia Pasifik.

Beliau yang telah dilantik pada Julai lalu turut mengambil kesempatan untuk mengemas kini Ahli Lembaga Pengarah WTCA mengenai Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (WTCKL).

Irmohizam turut memberitahu bahawa WTCKL kini bersedia untuk mengetuai persidangan dan acara perniagaan antarabangsa di Malaysia seperti Forum Ekonomi Dunia, Ekspo Dunia Dubai dan acara lain terutamanya berkaitan pelaburan langsung asing.

Mesyuarat Lembaga Pengarah WTCA dipengerusikan oleh John E. Drew, Ketua WTCA dengan kehadiran Ahli Lembaga Pengarah global serta kepimpinan eksekutif WTCA.

WTCA merupakan persatuan perdagangan antarabangsa terkemuka dianggotai 322 pusat dagangan seluruh dunia.

Untuk rekod terdapat 93 pusat dagangan dunia di Asia Pasifik berdaftar di bawah WTCA.

Antara termasuk Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Pusat Dagangan Dunia Sydney, Pusat Dagangan Dunia Beijing, Pusat Dagangan Dunia Taipei, Pusat Dagangan Dunia Metro Manila dan Pusat Dagangan Dunia Tokyo.-SM

P/s : Suara Merdeka adalah sebuah portal yang bergerak atas inisiatif wartawan yang kehilangan pekerjaan. Sekiranya pihak pembaca berkesudian untuk membantu perjuangan kami, sila klik link ini.

 

(Visited 205 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button