Hiburan

Kandungan patuh syariah di Nurflix

PADA era digital ini, kita semakin terdedah dengan pelbagai kandungan luar yang boleh diakses secara percuma menerusi laman sesawang.

Kita tidak lagi tertakluk untuk menonton apa yang dihidang di televisyen sahaja, sebaliknya semua boleh memilih kandungan mengikut kehendak sendiri menggunakan pelbagai platform.

Namun, tidak banyak platform yang menghidangkan kandungan tempatan yang tulen dan selamat ditonton pelbagai peringkat umur dengan berlandaskan aspek adab dan akhlak.

Sedar dengan perkara itu, satu platform atas talian untuk kita menonton kandungan patuh syariah telah diwujudkan dengan nama Nurflix TV.

Ketua Pegawai Eksekutif Nurflix, Syah Mohamed berkata, idea asal untuk mewujudkan Nurflix ini sebenarnya adalah untuk mencipta sebuah ekosistem mampan diri yang dapat memberi manfaat kepada pengguna serta penyedia kandungan menerusi platform yang disediakan.

BACA> Adakah Pfundhelle ada lesen Finas hasilkan dokumentari?

“Kalau dilihat pada masa ini terlalu banyak kandungan digital yang semakin tidak terkawal, tidak ditapis, tidak memiliki norma dan nilai budaya yang ideal.

“Pada masa yang sama juga, ekosistem mampan diri yang telah dibentuk ini akan dapat membantu menyediakan peluang pekerjaan buat tenaga kerja dan karyawan dalam sektor industri kreatif dan secara tidak langsung ia dapat membantu menjana ekonomi negara,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Nurflix, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir berkata, nama Nurflix itu memang seakan sama dengan satu lagi platform penstriman antarabangsa.

“Memang lebih kurang sama sebab kita nak ambil ‘hpye’ platform tersebut supaya mudah orang ingat. Lagipun kandungan kita cukup berbeza dengan mereka, jadi tidak ada masalah,” jelasnya.

Menurut Syed Zainal Abidin, semua isi kandungan di Nurflix akan ditapis oleh penyelia kehormat (Musyrif) Nurflix, Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid.

BACA> Bawa watak ‘mak cik’ pun boleh menang anugerah

Memiliki sasaran untuk meraih 1 juta tontonan (subscribers) sehingga akhir Januari 2021, pihak Nurflix turut mengalu-alukan kehadiran penerbit, pengarah, penulis skrip dan bakat-bakat baharu, bersesuaian dengan tagline mereka, ‘Be Part of Us’.

Nurflix bakal memulakan tayangannya bermula Oktober dengan harga pakej langganan yang akan diumumkan kelak. -SM

(Visited 378 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button