Belang BertempatNasional

Keputusan Mahkamah Rayuan: Sudah terang, jelas, sah dan sahih

DATUK Seri Najib Tun Razak bersalah dan dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Ramai yang melihat kehakiman Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi kerana ia perbuatan yang memalukan negara.

Berdengus kata-kata, “a national embarassment”.

Satu perbuatan penyelewengan dan korup yang dilakukan semasa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Prinsip asas undang-undang di Malaysia ialah seseorang tertuduh itu tidak bersalah sehingga disabitkan bersalah oleh Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang kompeten (sah).

Dalam tujuh kes pecah amanah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa melibatkan wang awam (duit rakyat) sejumlah RM42 juta, Najib Razak telahpun disabitkan bersalah dan dihukum oleh Mahkamah Tinggi dan sabitan itu telah disahkan betul oleh tiga panel yang bersidang, Hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Hukuman juga telah dijatuhkan. 12 tahun penjara dan denda RM210 juta.

Yang Arif Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan menyatakan seperti berikut:

“Kami mendapati Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf dalam mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes pecah amanah jenayah melampaui keraguan munasabah.

“Kami mendapati sabitan Mahkamah Tinggi terhadap semua tuduhan pengubahan wang haram terhadap perayu juga adalah selamat”. – SM

 

(Visited 649 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button