Nasional

IPGKPs kerjasama dengan YTF anjur webinar WISE

Institusi Pendidikan Guru Kampus Perlis (IPGKPs) dengan kerjasama
Yayasan Tuanku Fauziah (YTF)
akan menganjurkan Webinar “Women in Search of Excellence” (WISE) Siri Ke-6 bertemakan ‘Peranan Wanita dalam Peningkatan Kualiti Pendidikan pada hari rabu ini 23 Februari 2022 bermula jam 8.45 pagi hingga 4.00 petang di platform : YouTube IPGK Perlis Info.

Majlis Perasmian akan disempurnakan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail merangkap Tuanku Penasihat DiRaja YTF manakala Majlis Penutupan pula akan disempurnakan oleh Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Pengerusi Yayasan Tuanku Fauziah.

Forum Sesi 1 dari 8.45 pagi hingga 12.00 tengah hari melalui pautan: https://youtu.be/3pOpU5FWDnY melibatkan ahli-ahli panel terdiri daripada Ketua Jabatan Pusat Sains Liberal
Fakulti Sains Gunaan dan Kemanusiaan
Universiti Malaysia Perlis Dr Sharmini Abdullah, Mantan Guru Cemerlang Gred Khas C, Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra Perlis Datin Noridah Yangman dan Mantan Pegawai SISC+ Gred Khas C
Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Hajah Zalina Ahmad.

Sesi 2 berupa ‘Ulasan Akademik’ yang istimewa dan menarik dari 2.30 petang hingga 4.00 petang melalui pautan
https://youtu.be/uHSgVzWIzpg akan melibatkan pandangan serta perkongsian mengenai sistem pendidikan di 11 buah negara luar negara. Antara yang akan dikongsikan ialah dari Australia, Amerika Syarikat, Denmark, India, New Zealand, Pakistan, Poland, Qatar, Sepanyol, Sweden dan Switzerland.

(Visited 394 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button