fbpx
Politik

Kerajaan Kelantan lukai perasaan rakyat miskin

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Datuk Husam Musa mempertikaikan penggunaan kereta mewah jenis Marcedes Benz untuk kenderaan rasmi pimpinan kerajaan Kelantan termasuk menteri besar dan barisan exco.

Husam berkata pemimpin kerajaan negeri itu lantang sepatutnya segan kepada diri sendiri kerana selama ini pemimpin kerajaan negeri menguar-uarkan bahawa Islam adalah cara hidup sederhana.

“Dalam kes Kelantan, kita sedia tahu Kelantan adalah antara negeri yang paling ramai rakyat miskin…dengan cara hidup kemewahan yang ditunjukkan itu telah melukai perasaan rakyat miskin kerana segala keperluan belum mencukupi yang perlu diberikan perhatian.

“Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin kerajaan negeri Kelantan dalam hal pembelian kereta itu, pendapat saya kenyataan itu tidak telus kononnya ada pemotongan 50 peratus dan pemotongan ini juga terpakai kepada jenis kereta lain (murah) ia sekali gus menjimatkan perbelanjaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sebelum ini, akhbar melaporkan kerajaan negeri Kelantan mengakui membeli 14 kereta mewah Mercedes Benz untuk kenderaan rasmi pimpinan kerajaan negeri termasuk menteri besar dan exco.


Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, dipetik sebagai berkata pembelian kenderaan itu dilakukan sejak 2018 hingga tahun lalu dengan yang terakhir untuk beliau sendiri dan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. – BERNAMA

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button