NasionalParlimen

Bung Moktar terkejut diberi masa 7 minit

AHLI Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin terkejut apabila beliau diberikan masa tujuh minit untuk berucap di Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Parlimen hari ini.

Dengan reaksi selamba, Bung Moktar menyatakan, beliau datang dari jauh, tak kan diberi masa tujuh minit sahaja oleh Speaker dewan.

Sambil mengungkit dan menunding jari kea rah barisan pembangkang yang diberi lebih masa, Speaker bersetuju untuk menambah tiga minit sahaja masa untuk Bung Moktar membentangkan apa yang diinginkan di Dewan Rakyat.

Terus Bung Moktar membangkitkan soal pemberian vaksin kepada orang kampung di Sabah.

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin yang gemar untuk berdiri dan mencelah, diberi amaran agar jangan mengganggu Bung Mokhtar walaupun Ahli Parlimen Sepang itu memberitahu, Bung Mokhtar adalah kawan lamanya.

Bung Moktar meneruskan pembentangannya, kalau semua sudah divaksin, di kampung, tidak perlu panggil. Santuni mereka rumah ke rumah. – SM

(Visited 272 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button