Politik

Kerajaan dikendali team bimbingan Kabinet Tun M, Pak Lah, Najib

ANGGOTA Kerajaan Perikatan Nasional yang ada pada hari ini dikendalikan oleh kumpulan bimbingan dari Kabinet bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata, anggota pentadbiran kerajaan yang ada cukup berpengalaman untuk mengendalikan negara.

“Rakyat tahu. Kerajaan ini dikendali oleh team bimbingan Kabinet Tun, Pak Lah dan Najib Insya-Allah mereka cukup pengalaman pimpin kerajaan,” kata Annuar di Twitternya.

Beliau mengulas laporan media mengenai reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berhubung dakwaan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional tidak mempunyai hala tuju yang jelas kerana tidak mempunyai manifesto yang jelas.

Dakwaan tersebut dibuat oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam laman sosialnya baru-baru ini.

Menurut Mustafa, walaupun tiada manifesto jelas namun kerajaan Perikatan Nasional tetap mempunyai perancangan tersendiri bagi memastikan setiap masalah dihadapi negara dapat diselesaikan dengan baik.

Mustafa berkata, walaupun tiada manifesto jelas, namun kerajaan Perikatan Nasional (PN) tetap mempunyai perancangan tersendiri bagi memastikan setiap masalah dihadapi negara dapat diselesaikan dengan baik.

Menurut beliau, pihaknya sentiasa mengadakan perbincangan di kabinet melibatkan wakil-wakil yang ada dalam kerajaan seperti Pas, UMNO, Bersatu, MIC, MCA dan rakan-rakan lain.

Sementara itu, Annuar mendakwa usaha menyerang Kerajaan Perikatan Nasional dilakukan sejak Ogos tahun lalu.

“Ada usaha terancang bermula Ogos lalu,utk menyerang kerajaan PN dari dalam, dengan PH serang dari luar. Apa pun kejayaan kerajaan tidak dapat dihapuskan,” kata beliau.-SM

(Visited 317 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button