Nasional

RM200 juta peruntukan untuk teruskan pelaksanaan Payung Rahmah

IDEA yang diilhamkan oleh Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, Kerajaan menyediakan RM200 juta peruntukan dalam Belanjawan 2024 untuk meneruskan pelaksanaan Payung Rahmah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana Payung Rahmah adalah manisfestasi kerajaan dalam membela nasib rakyat.

“Perjuangan menangani beban sara hidup yang dicetus Almarhum Datuk Salahuddim Ayub tidak akan terhenti tetapi akan terus diperkasa,” katanya pembentangan Belanjawan 2024 “Malaysia Madani” di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Anwar berkata, umpamanya Program Jualan Rahmah yang menawarkan barangan keperluan asas pada harga sehingga 30 peratus lebih rendah akan terus diperluaskan ke lebih banyak kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara.

Katanya, Program Pasar Rahmah yang menawarkan insentif kepada 1.2 juta pengusaha pasar borong, pasar malam dan pasar tani juga akan diteruskan bagi mengurangkan kos perniagaan sekaligus dapat menurunkan harga jualan. – SM

BACA Belanjawan 2023: Konsep Payung Rahmah meminimum beban sara hidup

BACA Payung Rahmah memayungi rakyat, golongan B40

(Visited 38 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button