Nasional

Tolong Share Live Bila Saya Marah, Nanti Kena Kecam Saya Minta Maaf!? – Kak Long

Ragam seorang peniaga dari Dungun, Terengganu mendapat perhatian netizen seluruh Malaysia apabila dia menjunjung budaya ‘tolong share video live’ kononnya untuk mempertahankan diri.

Berdasarkan video live yang dibuat, Kak Long dengan selambanya menengking pekerja 7-Eleven dan tidak memberikan peluang sepatah dua kata pun untuk membela diri.

Malah apabila pekerja 7-Eleven hendak bercakap, diherdiknya lagi dengan pelbagai kata-kata macam dia seorang sahaja yang ada anak nakal dan buas.

Paling menyakitkan hati netizen, dalam kalut Kak Long meninggikan suara kepada pekerja 7-Eleven yang tidak bersalah itu, anak Kak Long selamba menghempas barang dan menendang rak.

Kejadian itu disaksikan ribuan mata netizen Malaysia dan Kak Long siap buat laporan polis kononnya tidak berpuas hati apabila anaknya kononnya lagi dituduh mencuri.

Inilah masalah Kak Long. Layak disifatkan macam permainan telefon rosak. Dengar cerita lain, faham cerita lain, serang orang tanpa usul periksa dan wajibkan netizen untuk ‘tolong share video live’ tersebut.

Selepas dalam tempoh 24 jam dikecam netizen yang sama pernah mengoyakkan Israel, Kak Long akhirnya menarik semula laporan polis dan memohon maaf sambil menangis teresak-esak.

Malah Kak Long mendesak orang ramai yang sudah pun berkongsi video live Kak Long mengamuk sakan dipadamkan semula namun kepada Kak Long, dosa dalam internet kekal selamanya, tak boleh diundur.

(Visited 1,458 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button