PRK

Warisan berpura-pura kononnya mereka bukan sebahagian daripada PH

WARISAN adalah sebuah parti yang berpura-pura apabila mengatakan mereka  bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH).

Sekiranya Warisan bukan sebahagian daripada PH, bagaimana pemimpin daripada parti itu boleh mendapat jawatan tiga menteri penuh dalam kabinet Persekutuan.

“Warisan ini main silap mata, main wayang kulit. Mereka tahu sentimen di sini tidak suka parti yang ada kena mengena dengan persekutuan maka mereka kata yang Warisan bukan sebahagian daripada PH.

“Kalau bukan sebahagian PH mana mungkin dapat jawatan menteri dan timbalan menteri. Kalau nak ambil hati pun, seorang sudah cukup… ini tiga orang.

“Ini jelas menunjukkan bahawa mereka adalah sebahagian daripada PH tetapi main wayang… sekarang mereka mengatakan mereka bukan daripada PH sebab prestasi PH amat buruk sekali,” kata Timbala Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan selepas program beramah mesra dengan jentera di PDM Kampung Brunei malam tadi.

Warisan sebenarnya kata beliau hanya mahu mengelirukan pengundi di Kimanis kononnya mereka adalah parti tempatan.

Semalam, pemimpin Warisan dan UPKO menggesa rakyat Sabah tidak terpengaruh dengan parti yang berpangkalan di semenanjung seperti UMNO dan PAS.

PRK parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Dis lepas mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan Anifah Aman bagi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas. – SM

(Visited 74 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button