BeritaPendidikan

UniMAP sasar 34 kolaborasi dengan pihak dalam negeri dan global

Tahun 2022 ini Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mensasarkan 20 kolaborasi penyelidikan bersama industri dengan 48 geran industri baharu. Sementara itu, pada peringkat antarabangsa pula UniMAP sedang berusaha bagi mendapatkan 14 kolaborasi penyelidikan antarabangsa, dengan 10 geran antarabangsa baharu.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menurut siaran media Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis sempena kempen ‘Perlis Hebat ; Rakyat Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Tindakan’ sempena ‘Hari Harta Intelek Sedunia 2022’ dengan kerjasama UniMAP yang disambut pada 26 April setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran tentang hak intelektual bagi paten, hak cipta, cap dagangan dan reka bentuk perindustrian yang memberi kesan kepada kehidupan seharian serta untuk meraikan kreativiti dan sumbangan yang dibuat oleh para pencipta dan inovator kepada pembangunan masyarakat di seluruh dunia.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Canselor universiti berkenaan menerangkan bahawa Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) UniMAP telah mendapat pengiktirafan sebagai “Institut Penyelidikan Yang Diluluskan” dari YB Menteri Kewangan Malaysia selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 34B, Akta Cukai Pendapatan 1967 bermula 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2026 dengan semakan semula status setiap 5 tahun. Dengan pengiktirafan ini, syarikat-syarikat yang menyumbang wang tunai untuk aktiviti penyelidikan atau menggunakan perkhidmatan di Pusat Pengurusan Penyelidikan UniMAP adalah layak mendapat potongan cukai pendapatan dua kali (double tax deduction) dengan mematuhi definisi penyelidikan yang diperuntukkan dalam Akta Penggalakan Pelaburan 1986.

Jelas Tuanku Raja Muda lagi, ‘Dengan adanya pengiktirafan ini juga adalah diharapkan agar perolehan dana industri di UniMAP akan meningkat, sekaligus menyumbang kepada pencapaian pelbagai KPI dan penarafan dan pemeringkatan (rating and ranking) universiti berkenaan’.

Pada kesempatan yang sama, Naib Canselor, Lt Kol Prof Dr Ts Zaliman Sauli menerangkan bahawa UniMAP akan cuba menyediakan dana bagi pengurusan dan pengiktirafan makmal penyelidikan oleh badan akreditasi yang berkaitan dalam memastikan para penyelidik dan pelajar-pelajar pascasiswazahnya mempunyai akses kepada makmal yang bertaraf antarabangsa. UniMAP juga sedang merangka untuk mengusahakan insentif penyelidikan iaitu sebahagian daripada yuran pengajian diberi kepada penyelia pascasisawazah dalam bentuk geran penyelidikan.

Foto : YTSP Perlis

(Visited 296 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button