Nasional

101 projek dengan nilai perolehan RM6.61 bln diberikan secara rundingan terus di bawah PH

SEBANYAK 101 projek dengan nilai perolehan RM6.61 bilion telah diberikan secara rundingan terus di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH), kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

“Bagi keadaan tertentu dengan kelulusan Kementerian Kewangan, sekiranya mempunyai keperluan mendesak sehingga menjejaskan perkhidmatan dan kepentingan negara, perolehan secara rundingan terus boleh dilaksanakan,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (COVID-19) 2020 di sini.

Suasana persidangan bertukar gamat berikutan jawapan tersebut termasuk terdapat segelintir daripada Ahli Parlimen yang memohon perincian mengenai rundingan terus itu.

Perkara tersebut dinyatakan bagi menjawab soalan daripada Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang ingin tahu mengenai jumlah dan nilai projek yang telah diberikan oleh kerajaan terdahulu.

Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang menyangkal perkara itu berkata keputusan untuk memberikan tender secara rundingan terus telah dibincangkan dalam Kabinet.

Bagaimanapun, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Bersatu-Gombak) mencelah dan menyatakan perkara tersebut, sebaliknya tidak pernah dibincangkan. – BERNAMA

(Visited 219 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button