Nasional

Kerajaan beri pelbagai bantuan untuk mangsa banjir

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia telah mula diberi sejak 27 Disember lalu kepada 45,000 mangsa banjir.

Ismail Sabri dalam Perutusan Tahun Baharu 2022 juga berkata, pemberian bantuan tersebut 10 hari selepas kejadian banjir berbanding sebelum ini di mana ia mengambil masa antara tiga hingga enam bulan.

“Setakat ini 20,000 ketua isi rumah yang terjejas banjir telah menerima bantuan ini,” katanya.

Selain itu, kata Ismail Sabri, baucer tunai sebanyak RM500 bagi pembelian barangan elektrik diberi kepada setiap keluarga mangsa banjir bagi menggantikan barangan elektrik yang rosak.

Tambah beliau, bagi memudahkan mangsa banjir pembelian boleh dibuat di premis atau di platform e-dagang yang diiktiraf Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bermula 7 Januari ini.

Ismail Sabri juga berkata, bagi pemilik kenderaan jenis Perodua dan Proton yang terkesan, mereka boleh mendapat perkhidmatan tunda dan upah baik pulih 50 peratus ke atas alat ganti.

“Syarikat lain pula menyediakan diskaun sekurang-kurangnya 25 peratus ke atas alat ganti dan upah baik pulih di pusat servis berdaftar,” jelasnya.

Pemilik kenderaan yang rosak akibat banjir kata Ismail, Kerajaan turut menyediakan baucer tunai RM1,000 bagi tujuan pembaikan atau pembelian semua kenderaan terkesan termasuk lori, motosikal, kereta dan lain-lain. – SM

(Visited 284 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button