Belang Bertempat

Kes Mahkamah Rayuan Najib: Hujahan Isham Jalil dijawab

Oleh SAIFUL BAHAR ARSHAD

ISHAM Jalil, Ketua Penerangan Barisan Nasional Negeri Selangor dan juga merupakan Bekas Pegawai Khas kepada Najib Razak di dalam satu Wawancara dengan UMNO Online telah mengutarakan pandangan bahawa penganiayaan politik berterusan terhadap Najib Razak di dalam Kes SRC International.

ISHAM JALIL
  1. Hujah-hujah Isham adalah seperti berikut ;

(i).   Penolakkan oleh Mahkamah Rayuan berkaitan dengan hujah peguam bela Najib Razak berkaitan dengan Isu penerimaan sejumlah wang oleh Tan Mohamad Nor Yakub (Menteri EPU di JPM) dan Suami kepada Tan Sri Zeti (Gabenor Bank Negara) berkaitan dengan Kes SRC International dan 1 MDB.

(Bukti-bukti baru yang di kemukakan di Mahkamah).

Isham juga kata, Tan Sri Mohamad Nor Yakub adalah individu (Menteri) yang membawa Kabinet Paper untuk Kelulusan Kabinet, Government Gurantee terhadap Loan RM4 billion kepada SRC International.

(ii).  Isham Jalil juga nyatakan bahawa Hakim Mahkamah Rayuan tidak membuktikan secara jelas, Najib Razak mengarahkan duit RM42 juta dari SRC masuk ke dalam Akaun Peribadi beliau.

(iii).  Isham juga kata, duit RM42 juta tersebut telah di gunakan oleh Najib untuk kerja-kerja amal seperti membeli 40 van jenazah untuk kegunaan masyarakat.

PERSOALAN PERTAMA

KABINET PAPER DI BAWA OLEH TAN SRI MOHAMAD NOR YAKUB

  1. Kes SRC International ini bermula apabila SRC mengemukakan permohonan untuk mendapatkan Grant daripada Kerajaan melalui sepucuk surat kpd. PM Najib Razak (pada 24.8.2010), berjumlah RM3 billion ringgit.

To set up SRC as a strategic resource vehicle to maintain strategic stakes in key resources such as coal, alumina, uranium and iron as well as oil and gas.

PM Najib Razak ketika itu, mengarahkan Tan Sri Mohamad Nor Yakub dan EPU untuk study dan meneliti permohonan ini.

Tan Sri Mohamad Nor Yakub dan EPU telah menolak cadangan dari Syarikat SRC tersebut tetapi sebaliknya menawarkan grant sebanyak RM20 juta ringgit kepada SRC tetapi tidak di terima oleh SRC.

SRC kemudiannya diletakkan di bawah MOF Inc. dan memohon kepada PM Najib Razak melalui sepucuk surat (pada 3.6.2011) untuk SRC mendapatkan pinjaman (loan) daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP-Duit Rakyat) sebanyak RM3.95 billion ringgit bagi tujuan “to pursue the strategic investment plans for SRC.”

Najib Razak selaku PM dan Menteri Kewangan 1, telah membawa satu Kertas Kabinet untuk Government Gurantee terhadap Loan RM2 billion tersebut.

Kabinet meluluskan Kabinet Paper yang di bawa oleh Najib Razak ketika itu.

Kabinet Paper untuk Loan kedua sebanyak RM2 billion juga untuk Government Gurantee, telah di bawa oleh Tan Sri Mohamad Nor Yakub selaku Menteri Di JPM (EPU) atas arahan Najib Razak (PM). Kertas Kabinet di sokong oleh Najib selaku Menteri Kewangan.

Kabinet yang di Pengerusikan oleh Najib Razak telah meluluskan Kabinet Paper yang kedua ini.

Kehadiran dan penyertaan tertuduh Najib Razak di dalam meluluskan kedua-dua Government Loan Gurantee untuk Loan dari KWAP berjumlah RM4 billion ringgit adalah merupakan asas paling penting di dalam Pertuduhan Section 23 MACCA – Menggunakan kedudukan untuk mendapatkan sebarang imbuhan (the use of position for gratification).

KABINET PAPER PERTAMA.

Di bawa oleh Najib Razak.

KABINET PAPER KEDUA.

Di bawa oleh Mohamad Nor Yakub atas arahan Najib.

Najib sokong Kabinet Paper Kedua ini.

Oleh yang demikian, adalah amat jelas tuduhan Isham bahawa seolah-olah Kedua-dua Kabinet Paper telah di bawa oleh Tan Sri Mohamad Nor Yakub adalah TIDAK BENAR.

Pada hal, Kabinet Paper Pertama di bawa oleh PM Najib sendiri.

In this connection, we (Hakim Mahkamah Rayuan) find that the learned trial judge (Hakim M. Tinggi), has correctly interpreted and applied Section 23(2) MACCA. The fact that the appellant (Najib) took part in the two Cabinet decisions to issue the 2 government guarantees to KWAP for the loans granted by KWAP to SRC is beyond question. The evidence shows that the appellant (Najib) was not only present but chair the 2 Cabinet meetings held on 17.8.2011 and 8.2.2012, and was thus involved in the decisions of the Cabinet to approve the said government guarantees in favour of KWAP.

BERMAKSUD.

Adalah amat jelas dan terbukti, Perayu Najib Razak mempengerusikan kedua-dua Mesyuarat Kabinet tersebut dan mengambil bahagian meluluskan kedua-dua government gurantee untuk kepentingan Syarikat SRC International.

Ini bercanggah dengan Kod Etika Anggota-Anggota Pentadbiran.

PERSOALAN KEDUA.

TIADA BUKTI YANG JELAS, NAJIB RAZAK ARAHKAN RM42 JUTA MASUK KE AKAUN PERIBADI.

  1. Mengenai isu ini, Hakim Mahkamah Rayuan kata, terdapat bukti yang sahih melalui bukti lisan dan dokumen bahawa Bank telah menjalankan arahan (acted upon), yang sahih dari SRC, GMSB dan IPSB untuk memasukkan RM42 juta ke dalam Akaun peribadi Najib Razak.

Najib tidak pernah komplain kepada Bank, bahawa Bank telah tersalah masuk wang ini ke dalam Akaun beliau (Najib).

Adalah menjadi kebiasaan, untuk pemegang Akaun, setelah mengetahui ada berlaku kesilapan, akan membetulkan kesilapan tersebut dan memulangkan semula wang tersebut.

Najib tidak lakukan ini, sebaliknya membelanjakan wang tersebut.

Ini secara keseluruhannya dengan bukti-bukti yang ada, memperlihatkan Najib mempunyai pengetahuan terhadap wang tersebut.

ISU KETIGA.

WANG DI BELANJAKAN UNTUK KERJA-KERJA AMAL.

  1. Isham Jalil juga kata, wang tersebut di belanjakan untuk kerja-kerja amal seperti membeli Kereta Jenazah sebanyak 40 buah.

Hakim Mahkamah Rayuan kata, bukti menunjukkan bahawa Najib Razak juga membelanjakan duit tersebut untuk hal-hal peribadi dan untuk kepentingan politik beliau.

Sebagai Contoh, seperti di sahkan oleh saksi pendakwaan kelima, cek di beri kepada :

UMNO BAHAGIAN JOHOR BHARU.

RM300,000-00.

UMNO PULAU PINANG.

RM300,000-00.

PARTI UPKO.

RM1 juta.

SYARIKAT SOLAR SHINE SDN. BHD.

RM1 juta.

Walaubagaimanapun, Mahkamah mengambil pendirian bahawa tujuan perbelanjaan samada untuk tujuan amal atau tujuan yang lain, adalah tidak penting, kerana setelah wang tersebut di perolehi secara tidak jujur (dishonest misappropriation), tujuan perbelanjaan adalah Tidak Relevant untuk Pertuduhan Pecah Amanah (Not Relevant to a CBT Charge).

KESIMPULANNYA.

  1. Ini adalah jawapan kepada diantara persoalan-persoalan yang di utarakan oleh Isham Jalil di Wawancara Bersama UMNO ON-LINE berkenaan dengan Kes Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Rayuan.
  2. Saya cuba menjawab secara ikhlas, jujur dan profesional agar Rakyat tidak keliru dengan Fakta Kes dan tidak keliru dengan Penghakiman oleh Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan.
  3. Seperkara yang amat penting, agar Rakyat tidak keliru terhadap tuduhan bahawa ada konspirasi kes ini merupakan, Satu Kes Bermotifkan Pertuduhan Politik.

Dan ada tuduhan mengatakan bahawa terdapat unsur-unsur penganiayaan dan ketidak adilan.

Serta ada pertuduhan yang menyatakan bahawa Kerajaan Hari ini (Government of The Day), yang di pimpin oleh PM Dato Sri Ismail Sabri, tidak membantu Najib Razak membetulkan Konspirasi Kes-Kes Pertuduhan Bermotifkan Politik ini.

Pada hal, Kerajaan Hari ini, memperlihatkan satu pendirian tidak mencampuri Urusan dan Hal Ehwal Perundangan yang berlaku di Mahkamah.

Ini membuktikan kepada Dunia bahawa Institusi Kehakiman Negara bebas dan tidak di pengaruhi oleh Kerajaan atau mana-mana pihak.

Ia juga memperlihatkan bahawa Institusi Kehakiman Negara mempunyai Intergrity yang tinggi serta menjunjung PERATURAN PERUNDANGAN, iaitu RULE OF LAW. – SAIFUL BAHAR ARSHAD IALAH PENGANALISA POLITIK – SM

 

(Visited 1,500 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button