Nasional

Polis mengesahkan penahanan pengasas MYAirline bersama isteri dan anak lelaki

Polis mengesahkan pengasas bersama dan pemegang saham majoriti MYAirline Sdn Bhd, Goh Hwan Hua, ditahan malam tadi bersama isteri dan anak lelakinya.

Pengarag Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, polis sudah mendapat kebenaran untuk menahan ketiga-tiga individu itu selama empat hari bermula hari ini.

Ketiga-tiga mereka ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Pada 12 Oktober, MYAirline mengumumkan penggantungan serta-merta operasinya kerana “cabaran kewangan yang ketara.”

Dilaporkan bahawa syarikat penerbangan bajet itu menyatakan bahawa ia “meneroka semua saluran perkongsian dan penjanaan modal yang berpotensi” untuk menyelamatkan perniagaannya.

Dua hari lalu, MYAirline Sdn Bhd bertegas untuk mengekalkan kesemua sembilan pesawat Airbus A320 miliknya sementara menunggu kesatria putih baharu muncul dan menyelamatkannya daripada masa depan yang suram. -SM

Baca : UPSI, Let’s Play bantu mangsa banjir Kg Cinggung

(Visited 125 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button