Nasional

Ahli Parlimen Padang Besar semakin pulih

AHLI  Parlimen Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin yang ditempatkan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah semakin pulih dan berada dalam keadaan stabil.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Ruzaini Rais berkata ketika melawat Zahidi semalam, sahabatnya itu kelihatan ceria dan sihat selain gembira berbual dengan ahli keluarganya.

“Bagaimanapun beliau (Zahidi) disarankan doktor agar banyak berehat agar pulih seperti sediakala sebelum dibenarkan keluar wad.

“Buat masa ini hanya keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja dibenarkan melawat” katanya ketika dihubungi Bernama di Kangar, hari ini.

Bernama sebelum ini melaporkan Zahidi dikejarkan ke Unit Kecemasan HTF kerana mengalami sesak nafas ketika bangun dari tidur kira-kira jam 5 pagi, 28 Dis.

Beliau yang sebelum ini ditempatkan di Unit Rawatan Koronori (CCU), Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar, dipindahkan ke HSB untuk mendapat rawatan lebih efektif di sana. – BERNAMA

(Visited 437 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button