Belang Bertempat

Kecelaruan antara Menteri Kabinet Kerajaan dengan pegawai tinggi penjawat awam

SEMINGGU ini topik paling hangat diperkatakan ialah isu pembelian saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki. Select Committee Parlimen akan memangil Azam Baki dan melakukan siasatan.

Seperkara yang ingin saya perkatakan di sini adalah mengenai kecelaruan terkini yang berlaku antara Perdana Menteri, Menteri Kabinet dengan Penjawat Awam.

Kisah ini amat serius terutamanya ketika berlaku bencana banjir baru-baru ini. Pada awalnya, kepimpinan tertinggi penjawat awam hilang punca apabila berhadapan dengan krisis.

Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah memberi arahan dan panduan pelaksanaan di bawah jadi huru-hara pada tiga hari pertama terutamanya bencana banjir yang berlaku di Selangor.

Bertambah parah apabila Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai kepimpinan yang mantap untuk berhadapan dengan krisis bencana seumpama ini.

Mereka lebih cekap menyalahkan Kerajaan Persekutuan daripada mengambil tindakan pro-aktif dan pantas. Kemungkinan kerana tiada pengalaman mentadbir Kerajaan Negeri sehinggakan Arahan 20 pun mereka tidak faham. Adalah amat membimbangkan STRATCOM JPM pun tidak berapa kelihatan efektif.

Selama 19 tahun saya di Putrajaya, saya telah berkhidmat di lapan kementerian.

Dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang tidak ada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian kerana JPM berada langsung di bawah Ketua Setiausaha Negara (KSN) kepada beberapa Kementerian lain seperti KDN, MOE, MEcD, MOA, KASA dan lain-lain.

Saya dan rakan-rakan berpindah randah dari satu Kementerian ke satu Kementerian yang lain.

Ketika saya menjawat jawatan Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Menteri Pertanian, sebagai Chief of Staff adalah tugas saya memastikan “A smooth transition of power from the former Minister to the New Minister” (Tan Sri Noh Omar, ketika itu).

Orang yang pertama saya tangkap untuk kenal adalah KSU Kementerian tersebut. Beliau merupakan individu terpenting di dalam mana-mana Kementerian. Jangan ingat seseorang Menteri itu gagal kerana tidak cekap menjalankan tugas.

Sebenarnya, kadang-kala kegagalan Menteri adalah disebabkan kegagalan KSU berkenaan membantu dan menjalankan arahan serta dasar-dasar yang telah dipersetujui bersama dalam Mesyuarat Mingguan Post Cabinet ataupun gagal menjalankan arahan-arahan yang telah diputuskan oleh Kabinet.

Kegagalan Menteri juga kadang-kala adalah kerana ada sabotaj dari KSU dan Penjawat Awam terhadap Menteri.

Apabila Kerajaan bertukar, bersilih ganti dari Pakatan Harapan kepada Perikatan Nasional dan kemudiannya kepada Kerajaan Campuran Keluarga Malaysia Ismail Sabri.

Pelbagai masalah turut timbul di kalangan penjawat awam tertinggi di Kementerian.

Di kalangan penjawat awam juga ada pelbagai jenis individu yang menyokong Kerajaan PH terdahulu dan ada yang menyokong Kerajaan sekarang.

Adalah amat sukar untuk Kerajaan Perdana Menteri Ismail Sabri sekiranya masih ada KSU atau TKSU yang menyokong Kerajaan terdahulu dan tidak bersama dengan visi dan aspirasi Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri hari ini.

Sepanjang saya berkhidmat dengan Menteri dan Timbalan Menteri selama 19 tahun, setiap kali masuk ke Kementerian baru, penjawat awam yang ada di Kementerian baru tersebut “will hide things from the Minister.” Bermakna, mereka akan menyorokkan perkara-perkara tertentu daripada Menteri.

Kalau tidak tanya, mereka tidak akan memberi sebarang maklumat mengenai perkara tersebut.

Oleh yang demikian, untuk enam bulan pertama adalah tugas saya untuk belajar subjek baru di Kementerian tersebut dan mengenali semua pegawai tertinggi Kementerian seperti KSU, TKSU, Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, KP Jabatan Pertanian, KP Jabatan Veterina, KP FAMA, KP Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), KP MARDI, KP MADA, KP KADA dan lain-lain. Senarainya terlalu penjang.

Ini tidak termasuk perlu kenal semua Pengerusi kepada semua agensi yang berada di bawah Kementerian. Dalam erti kata lain, kalau kita tidak cerdik.

Untuk enam bulan pertama, kita kena ‘bohong sunat’ sajalah dengan penjawat-penjawat awam ini Ini yang berlaku kepada Kerajaan Ismail Sabri yang baru sahaja masuk ke lima, bulan pertama.

Sebagai contoh, di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN), mereka mempunyai pelbagai bahagian yang bukan sahaja mengawal keselamatan negara dan Intelligence.

Tetapi mereka juga mempunyai Unit Gerak Saraf Perang Saraf (GSPS) untuk membantu Perdana Menteri dan Kerajaan berkenaan isu-isu yang memerlukan perang saraf.

Ini amat penting untuk memastikan tidak ada unsur sabotaj ataupun peperangan saraf dari luar yang akan membantutkan usaha Perdana Menteri membina negara ini dengan menggunakan konsep Keluarga Satu Malaysia.

Kerana inilah juga, saya dapati ada beberapa Menteri yang dilantik oleh Ismail Sabri telah menukar dan meminta KSU yang baharu dari KSN.

Kemungkinan kerana KSU yang sedia ada tidak memberikan kerjasama kepada Menteri berkenaan.

Adalah lebih mudah sekiranya Menteri dan KSU kedua-duanya baru di Kementerian, mereka sama-sama belajar mengenai Hal Ehwal Kementerian dan mengenal (get to know) pegawai-pegawai tinggi Kerajaan dari Kementerian tersebut.

Berbeza dengan KSU yang sudah lama di Kementerian tersebut, mereka sudah bertapak lama di Kementerian dan sudah menyusun kenaikkan pangkat pegawai-pegawai yang sedia ada dengan orang-orang KSU.

Adalah amat sukar untuk Menteri memberi pandangan atau menentukan hala tuju Kementerian apabila yang control Kementerian adalah KSU.

Adalah difikirkan jalan yang terbaik untuk KSU-KSU yang tidak membantu Perdana Menteri atau Menteri di Kementerian masing-masing mengundurkan diri ataupun bersara awal.

Adalah amat sukar untuk Perdana Menteri menjalankan tugas beliau sekiranya Ketua-Ketua Agensi seperti MKN, NADMA dan KSU-KSU Kementerian tidak memberikan komitmen 100% kepada Kerajaan yang sedia ada.

Penjawat-penjawat Awam ini tidak perlu bermain politik dengan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kabinet kerana akhirnya mereka akan diketahui menyokong bersikap profesional atau bersikap sabotaj terhadap Kerajaan sedia ada (Government of The Day).

Akhirnya, adalah amat baik sekiranya KSU-KSU serta penjawat-penjawat awam ini bersikap profesional terhadap tugas mereka dengan berkhidmat sebaik mungkin kepada Perdana Menteri, Menteri-Menteri Kabinet Government of The Day.

Loyalti ataupun kesetiaan mereka perlu ditunjukkan kepada Kerajaan sedia ada tanpa mengira mereka datang dari parti politik yang mana satu demi Kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. – SM

(Visited 1,205 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button