Jenayah

4 ditangkap pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik

DUA wanita dan dua lelaki ditangkap berkaitan insiden memasang Jalur Gemilang serta bendera Johor secara terbalik di sebuah kilang di kawasan perindustrian Tebrau, Johor.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dalam satu kenyataan berkata, tangkapan ke atas semua suspek selepas polis dari Balai Polis Bandar Dato Onn membuat siasatan di kilang tersebut. Hasil siasatan mendapati bendera negeri Johor dan Jalur Gemilang telah dipasang secara terbalik.

Kesemua suspek termasuk seorang lelaki warga Bangladesh ditahan di tempat kejadian. Polis juga telah merampas sehelai bendera Malaysia dan sehelai bendera negeri Johor.

Menurut Ayob Khan, hasil siasatan mendapati kilang ini telah menjalankan perusahaan perabot selama lapan tahun di kawasan tersebut.

“Polis Johor menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga kedaulatan dan keamanan negara.

“Tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang sedia ada jika masih terkesan perbuatan sebegini,” katanya,” kata Ayob Khan.

Kesemua suspek akan disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, suspek juga disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebih RM100.-SM

(Visited 332 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button