Politik

Khairy tak terbakar bertanding kerusi panas P107 Sungai Buloh

SETELAH berjaya berkhidmat untuk penduduk di Parlimen Rembau, Negeri Sembilan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau lebih dengan kenali sebagai Khairy Jamaluddin berpindah ke kawasan Sungai Buloh, Selangor sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sebelum ini nama Khairy atau KJ hampir-hampir ‘tercicir’ atau tidak lekat sebagai calon apabila tiada kawasan untuk beliau bertanding tetapi nampaknya pada Hari Penamaan Calon semalam, Menteri Kesihatan itu disahkan bertanding di Sungai Buloh.

Sesuai dengan jawatan yang disandangnya, kawasan Sungai Buloh ada hospital awam dan eloklah kalau KJ tinjau-tinjau hospital awam itu yang memang ada masalah tempat meletak kereta bagi waris yang mahu melawat pesakit!

Sebagai seorang ahli politik yang berpengalaman, tidak timbul persoalan apabila beliau menghadapi tentangan sengit pada PRU15.

Parlimen Sungai Buloh, P107 pada PRU15 merupakan pertandingan tujuh (7) penjuru!

Dengan yakinnya, Khairy berkata, tentangan sengit itu adalah satu cabaran dan bukan satu kelemahan bagi dirinya untuk membawa cabaran perjuangan BN ke kawasan itu.

Ini berdasarkan pengalaman Khairy membangunkan kawasan dan daerah serta penduduk Rembau selama tiga penggal beliau menjadi Wakil Rakyat di situ.

Dan sekiranya Khairy menang di Sungai Buloh, penduduk di sekitar Sungai Buloh pula akan dapat menikmati pembangunan dan perubahan yang dibawa oleh Wakil Rakyat yang baharu ini!

“Saya menang tiga pilihan raya berturut-turut di Rembau, sekarang saya bertanding di kawasan yang kami kalah tiga pilihan raya berturut-turut.

“Namun saya sahut cabaran ini dan amat berharap penduduk dan para pengundi semua di Sungai Buloh akan memberi peluang kepada saya,” katanya.

Khairy berkata, beliau mahu berkhidmat kepada rakyat di Sungai Buloh dan berharap masyarakat di situ dapat membantu beliau untuk memberi perkhidmatan demi bangsa, agama dan negara sebagai calon P107 Sungai Buloh.

P107 Sungai Buloh turut menyaksikan calon dari Pakatan Harapan (PH), Datuk R. Ramanan, Perikatan Nasional (PN) Mohd Ghazali Md Hamin, Mohd Akmal Mohd Yusof dari Gerakan Tanah Air (GTA) dan Ahmad Jufliz Faiza Parti Rakyat Malaysia (PRM) manakala selebihnya adalah calon Bebas. – SM

(Visited 244 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button