Nasional

100 hari PKP, ukuran kejayaan Malaysia

Hari ini tepat 100 hari selepas kali pertama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

PKP mula dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Persoalannya adakah Malaysia, tidak kiralah rakyat, kerajaan dan barisan hadapan sudah berjaya berikutan langkah ini atau setidak-tidaknya mampu mengekang pandemik maut COVID-19 menjadi lebih buruk?

PKP mengehadkan pergerakan orang ramai untuk keluar rumah, yang turut menyaksikan hampir semua premis di dalam negara terpaksa ditutup.

Malaysia melalui tiga fasa PKP termasuklah PKP Bersyarat (PKPB) dari 4 Mei hingga 9 Jun sebelum diganti dengan PKP Pemulihan (PKPP) yang sedang berjalan.

BACA > Kaca arkrilik pemisah Ahli Parlimen bersidang di Jerman — Suara Merdeka

Berdasarkan ranking dunia, Malaysia kini berada di tangga ke-69 dari 187 negara yang terlibat dengan penularan wabak itu.

Kedudukan itu jauh berbanding tangga ke-17, sehari selepas PKP diumumkan.

Semalam, kes baharu COVID-19 kekal mencatatkan satu angka iaitu enam kes manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan 244 kes.

HARI PKP
– Gambar BERNAMA

Dengan pertambahan kes baharu itu, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia 8,596 kes, serta sifar kematian.

Jumlah mangsa yang maut akibat wabak itu kekal 121 kes.

Jumlah kes positif terendah dicatatkan pada 10 Jun lepas iaitu hanya dua kes dan ia mungkin petanda baik yang negara berada di landasan betul.

BACA > Thailand bakal lanjut perintah darurat — Suara Merdeka

Pada mulanya untuk meratakan lengkung jumlah jangkitan, menuju sifar kes sekali gus bebas daripada COVID-19.

Anggota perubatan dan kesihatan misalnya terpaksa bekerja syif panjang, siang dan malam sejak lima bulan lalu.

Tatkala kes pertama COVID-19 dilaporkan di dalam negara iaitu pada 25 Jan, membabitkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura.

Sepertimana orang awam, petugas kesihatan juga tidak lepas daripada rasa takut dan khuatir, malah ramai jururawat mahupun doktor menceritakan ‘azab’ memakai pakaian pelindung diri (PPE).

Selain itu ada yang langsung tidak bertemu dan memeluk anak kerana risau kemungkinan memindahkan virus tersebut kepada mereka.

Seramai 416 kakitangan Kementerian Kesihatan juga dijangkiti dengan wabak tersebut.

BACA > Atlet renang mula latihan — Suara Merdeka

Iaitu 80 peratus daripada mereka mendapat jangkitan itu dari luar kemudahan kesihatan.

Manakala kira-kira 20 peratus lagi jangkitan daripada pesakit dan rakan sekerja.

Berbulan lamanya anggota pasukan keselamatan beruniform biru dan juga yang berceloreng tentera menjalankan rondaan.

Malah Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31, maut selepas dirempuh sebuah kenderaan ketika bertugas menjaga kawalan sekatan jalan raya akibat kecederaan parah.

Manakala seorang lagi cedera parah selepas khemah operasi runtuh disebabkan angin lintang dan hujan lebat.

Tidak ketinggalan agensi penguatkuasaan lain antaranya Agensi Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

BACA > Tiada caj hotel di Pulau Pinang sehingga akhir tahun — Suara Merdeka

Selain itu pihak berkuasa tempatan (PBT), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Imigresen yang bekerja keras memastikan perang ke atas pandemik ini berjaya.

Operasi demi operasi juga menyaksikan ramai pendatang asing tanpa izin ditahan, kes jenayah di dalam negara juga berkurangan.

Ini kerana keberadaan anggota penguat kuasa di mana-mana, selain kawalan persempadanan juga terus diperketatkan bagi mengelak negara dibolosi melalui ‘lorong tikus’.

Sepanjang PKP juga, Menteri Kanan  Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan juga ‘Jeneral Perang’ – Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah tidak jemu menyampaikan pengumuman terbaharu, apa yang boleh, larangan dan nasihat kepada rakyat agar mematuhi undang-undang.

HARI PKP
– Gambar BERNAMA

Mereka juga mengingatkan masyarakat untuk terus mengamalkan pendekatan kebiasaan baharu.

BACA > KBS-KPM bincang inisiatif bangunkan bakat sukan, kepimpinan anak muda — Suara Merdeka

Ini tidak lain untuk memutuskan sama sekali rantaian jangkitan COVID-19 dan membebaskan rakyat Malaysia daripada virus maut itu.

Muhyiddin pada 5 Jun lepas tidak lupa merakam penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang terus mematuhi SOP dalam menjalankan aktiviti harian.

Sepanjang fasa PKP juga, pelbagai bantuan dan kemudahan telah diberikan kerajaan termasuklah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

Serta Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang bertujuan untuk mengurangkan beban hidup serta sebagai rangsangan ekonomi.

Apapun, semua pihak harus terus berhati-hati, tidak mengambil mudah walaupun sudah banyak kelonggaran diberi kerajaan.

Saling mengingati antara satu sama lain mengenai SOP dan peraturan supaya Malaysia akhirnya bebas daripada COVID-19.

BACA > SOP ibadah korban termasuk kehadiran dan kesihatan haiwan — Suara Merdeka

Ayuh Malaysia! Buktikannya! – BERNAMA

(Visited 347 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button